"apabila hamba-Nya itu mengetahui tentang wahabi dan cirinya, syiah dan
cirinya, muktazilah dan cirinya, khawarij dan cirinya, jabariah dan
cirinya, qadariah dan cirinya dan seumpamanya, adalah penting untuk dia
jadikan segala ilmu yang diketahui itu untuk membuat 'benteng' bagi
dirinya dari termasuk di kalangan mereka itu..Jangan panjangkan berbahas
tanpa disedari kita semakin hampir dengan mereka, dan tanpa disedari
kita sudah bersama mereka, nauzubillah.."
astaghfirullah..
pernah seorang adik bertanya kepada-ku ;
"abg, bagaimana kita nak halang wahabi ni ya?"
aku tersenyum ;
"teguran, penjelasan dan nasihat tentang wahabi dan seumpama itu
sememangnya perlu ada segolongan manusia yang mengetahuinya untuk
berhadapan dengan masyarakat, bagi tahu masyarakat mana yang kabur, mana
yang cerah, mana yang malap..
tetapi, adalah penting kita jadikan ilmu yang kita ketahui itu juga untuk kebahagian hati dan jasad kita..
Jangan PANJANGKAN 'pertemuan' kamu dengan mereka, kerana kamu perlu
sedar bahawa hati kita ini lemah, syaitan itu berada di mana-mana
sahaja, nafsu itu sentiasa ke arah kejahatan, maka jika kamu memilih
untuk PANJANGKAN 'pertemuan' dengan mereka, aku bimbang kamu akan
menjadi seperti mereka, kerana kemarahan dan kebencian itu bukanlah
sifat bagi hamba Allah yang diredhai, sebaliknya adalah sifat yang
dicela oleh Allah Subhanahu waTa'ala..
dan, seharusnya kamu
menjauhi mereka itu, jika mereka 'datang' kepadamu, maka senyum dan
bijaksanalah dalam berhadapan dengan mereka, jangan terburu-buru
mengikut rentap mereka, kerana kita bukan mereka, dan mereka bukan
kita..
tetapi perbezaan wahabi dan golongan yang dicintai Allah
itu amatlah sedikit, ibarat seorang itu yang berada di tepi tebing
sungai sahaja, jika tersalah langkah, terjatuhlah dia ke dalam sungai..
maka jangan kamu terburu-buru dalam 'pertemuan' dengan mereka, adalah
sebaiknya kamu tidak membicarakan hal-hal yang mereka 'bawakan',
sebaliknya kamu membicarakan hal-hal yang para ulama' yang soleh
bawakan, bawakan sirah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi
wasallam, kisah kecintaan para sahabat kepada Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam, kisah kecintaan sesama sahabat,
kisah para habaib yang dicintai, kisah para ulama' yang mulia>>
kerana hal-hal sebegini jika dibawa, ia akan membawa 'hati dekat kepada Allah, semakin dekat kepada Allah'..
sebaliknya, jika kamu turuti apa yang mereka 'bawa', maka kamu memilih
untuk menjauhkan hati daripada Allah, dan aku bimbang hati kamu juga
akan semakin jauh dari Allah..
Apabila hati jauh daripada
Allah, syaitan yang sentiasa mencari 'pintu' untuk menghasut akan
membawa hatimu hampir dengan kemurkaan Allah, dan adalah paling
menyedihkan ia berlaku tanpa kamu sedari, dan aku sangat sedih dan akan
menangis dengannya..
Di atas dunia ini, jangan kamu balut hati
kamu dengan kehidupan dunia, dengan ni'mat dunia, dengan kesenangan
dunia, tetapi balutlah hatimu dengan kecintaan kepada Allah, kerana ia
akan menyelamatkan hatimu dari dibenci Allah, dan sesungguhnya Allah
sangat kasih dan sayang kepada hamba-Nya yang menyedarinya dan mahu
kembali kepada Allah.. "
No comments:
Post a Comment