~TALAQQI~
Kalam Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki-
"Talaqqi adalah sunnah. Dan pada hari ini,talaqqi telah mula tidak diamalkan."
"Ilmu diambil dari guru ke guru"
"Antara beza ilmu Islam dengan ilmu orang kafir ialah talaqqi. Bukan melalui kajian dan penyelidikan."
"Talaqqi adalah warisan. Pada hari ini, cara ini telah diubah oleh orang-orang yang mengagungkan orang Barat."
"Para sahabat mengambil ilmu dari lidah Rasul,diambil dari Jibril dan diambil dari Allah Azza Wa Jalla."
"Pembacaan dan penyelidikan adalah cabang dari talaqqi."
"Apa itu talaqqi? Ambil ilmu dari guru dan ada sanad terus kepada Nabi salallahu a'laihi wasallam."
"Kata ulama, sesungguhnya ilmu itu datang dengan cara bertalaqqi."
"Kata ulama juga, kalau nak faham agama,kena ada guru yang boleh membimbing dan membetulkan kesalahan kita."
Yang ini paling membuatkan hati al faqir terkesan. "Kalaulah
Al-Quran(mushaf) boleh membimbing kita,,kitab hadis boleh membimbing
kita, maka Rasulullah salallahu a'laihi wasallam tak risau dengan
kematian para ulama. Kerana ilmu diambil dari ulama. Bukan dari kitab.
Kitab hanya wasilah sahaja."
Kata Sheikh Muhammad Fuad al-Maliki
lagi, " Ramai orang sesat sebab dia tiada guru. Nak tahu orang itu
sesat,tengok dari segi keilmuan dia. Orang sesat tak mahu
belajar,menjauhkan diri dari ilmu. Kalau tak sesat pada hari ini,maka
satu hari nanti,dia pasti akan sesat.
Golongan yang kedua pula
ialah, mengambil ilmu tetapi tidak secara sunnah,tanpa talaqqi dan
bimbingan,tarbiah dari sheikh, maka mereka ini mengelirukan umat. Kata
ulama juga,barangsiapa yang belajar tanpa Sheikh, maka syaitan akan
menjadi Sheikhnya"
"Cuba berikan saya nama ulama yang mana dia
menjadi ulama tanpa bimbingan dari ulama. Boleh atau tidak seorang
doktor menjadi doktor tanpa dibimbing oleh seorang doktor yang menjadi
gurunya?"
No comments:
Post a Comment