Tiga.
Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah
bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar
bahagia?
Empat.
Empat.
Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana
percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah
mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk
persefahaman dan kesatuan hati.
Lima.
Lima.
Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa.
Enam.
Enam.
Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang
mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti
Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.
Tujuh.
Tujuh.
Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang
hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama
masih bernyawa!
No comments:
Post a Comment