~BASAHKAN LIDAHMU~

Wednesday, June 27, 2012

~TALAQQI~

Kalam Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki-

"Talaqqi adalah sunnah. Dan pada hari ini,talaqqi telah mula tidak diamalkan."
"Ilmu diambil dari guru ke guru" 

"Antara beza ilmu Islam dengan ilmu orang kafir ialah talaqqi. Bukan melalui kajian dan penyelidikan."
"Talaqqi adalah warisan. Pada hari ini, cara ini telah diubah oleh orang-orang yang mengagungkan orang Barat."
"Para sahabat mengambil ilmu dari lidah Rasul,diambil dari Jibril dan diambil dari Allah Azza Wa Jalla."

"Pembacaan dan penyelidikan adalah cabang dari talaqqi."
"Apa itu talaqqi? Ambil ilmu dari guru dan ada sanad terus kepada Nabi salallahu a'laihi wasallam."
"Kata ulama, sesungguhnya ilmu itu datang dengan cara bertalaqqi."
"Kata ulama juga, kalau nak faham agama,kena ada guru yang boleh membimbing dan membetulkan kesalahan kita."

Yang ini paling membuatkan hati al faqir terkesan. "Kalaulah Al-Quran(mushaf) boleh membimbing kita,,kitab hadis boleh membimbing kita, maka Rasulullah salallahu a'laihi wasallam tak risau dengan kematian para ulama. Kerana ilmu diambil dari ulama. Bukan dari kitab. Kitab hanya wasilah sahaja."
Kata Sheikh Muhammad Fuad al-Maliki lagi, " Ramai orang sesat sebab dia tiada guru. Nak tahu orang itu sesat,tengok dari segi keilmuan dia. Orang sesat tak mahu belajar,menjauhkan diri dari ilmu. Kalau tak sesat pada hari ini,maka satu hari nanti,dia pasti akan sesat.

Golongan yang kedua pula ialah, mengambil ilmu tetapi tidak secara sunnah,tanpa talaqqi dan bimbingan,tarbiah dari sheikh, maka mereka ini mengelirukan umat. Kata ulama juga,barangsiapa yang belajar tanpa Sheikh, maka syaitan akan menjadi Sheikhnya"
"Cuba berikan saya nama ulama yang mana dia menjadi ulama tanpa bimbingan dari ulama. Boleh atau tidak seorang doktor menjadi doktor tanpa dibimbing oleh seorang doktor yang menjadi gurunya?"

Sunday, June 24, 2012

Kenali Dr. Mohd. Mursi ~INSYAALLAH KEBANGKITAN ISLAM AKAN BERMULA PADA SAAT INI ~ ALLAHU MUSTA'AN...




Kenali Dr. Mohd. Mursi (calon IM utk Presiden Mesir):

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat utk melaksanakan syariat Islam
3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
4. Satu-satunya calon yg pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA
5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan
9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.


 ..................................................................................................
Dr.Sofwat Hijazi kpd Dr.Muhammad Mursi:

"Ingat, anda menang bukan kerana kekuatan anda. Bukan mereka yg disekeliling anda. Bukan juga usaha pasukan anda. Tapi ia kurniaan Allah. Jika anda mentaati Allah, kami akan mentaati anda. Jika anda menderhakaNya, maka kami akan menentang anda."





Jutaan bersujud syukur....

Jutaan umat Islam bersujud syukur di Medan Tahrir, Kaherah Mesir bagi menyambut kejayaan Ir Dr Mohammad Mursi yang telah memenangi Pilihanraya Presiden Mesir baru-baru ini.

Sememangnya jalan kepada kejayaan sebenar masih lagi panjang dan berliku. Namun kita harapkan agar kejayaan awal di Mesir ini akan menjadi pemangkin kepada pembukaan kembali Baitul Maqdis, kejayaan Islam di Timur Tengah dan juga di dunia antarabangsa.

Subhanallah, alhamdulillah, allah akbar....





Saturday, June 23, 2012

PENDERITAAN SEBENAR ROHINGYA TIDAK DILAPOR


Mohd Azmi Abdul Hamid, 23 Jun 2012       

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal usul yang diutarakan oleh YB Datuk Kamarudin Jaffar mengenai Isu Rohiingya telah ditolak di Parlimen baru- baru ini. Ini jelas menunjukkan pihak Speaker Dewan tidak memberi perhatian serius terhadap penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya. Padahal apa yang sedang dideritai oleh warga Rohingya sangat berat dan berkait dengan kestabilan serantau.


Kami juga amat menyesali berita penderitaan dan skala penghapusan etnik Rohingya yang kini berlaku di Wilayah Arakan (sekarang digelar Rakhine), Myanmar tidak dilaporkan dengan tepat oleh media antarabangsa.


Berdasarkan testimoni lisan dari pelarian Rohingya yang ada di Malaysia yang dapat berhubung langsung dengan saudara mara mereka di Myanmar, keadaan sangat berat dan parah.


Laporan berat sebelah disiarkan oleh media antarabangsa seolah warga Rohingya adalah pencetus kepada rusuhan yang kini sudah berlarutan lebih dari dua minggu. Padahal warga Rohingya adalah mangsa yang jelas menanggung penderitaan yang lama iaitu sejak kemerdekaan Myanmar pada 1948 lagi. Mereka sebenarnya menjadi mangsa menunggu diserang pada bila-bila masa oleh etnik Rakhine yang bekerjasama dengan polis dan tentera Myanmar.


Sejak insiden terkini  tercetus pada 3 Jun 2012, media antarabangsa  melaporkan hanya 50  orang yang mati. Padahal mayat ribuan Rohingya yang dibunuh telah diambil oleh polis sehingga media tidak dapat melaporkan bilangan yang tepat.

Dari laporan sebuah badan iaitu persatuan ulama bernama Nadhatul Mufakkirin berpusat di bandar Maungdaw di wilayah Arakan membekal maklumat kepada Mapim bahawa setakat ini jumlah anggaran kematian keseluruhan wilayah Arakan mencecah ribuan orang Rohingya. Kami malah diberi maklum bahawa angkanya mungkin mencecah lebih dari 10,000 orang.

Manakala anggaran yang hilang adalah puluhan ribu orang dan yang ditahan mencecah jumlah 5,000 orang yang kebanyakannya adalah pemuda dari semuda 15 tahun.

Kami juga diceritakan mengenai kes polis menyerbu rumah, menangkap anggota keluarga ikut suka, membawa mereka keluar dan hilang sehingga sekarang. Insiden rogol dan bunuh anak gadis oleh polis juga dilaporkan oleh ahli keluarga Rohingya di Malaysia.

Lebih malang laporan media membayangkan orang Rohingya menjadi dalang pencetus ketegangan yang terbaru ini.

Soalnya bagaimanakah warga Rohingya yang dikenakan pelbagai tekanan seperti tidak boleh bergerak bebas, tidak boleh memiliki telefon bimbit, tidak boleh keluar rumah, boleh melakukan keganasan pada skala yang sangat serius sehingga sekarang.


Mapim memantau melalui berita yang kami perolehi secara langsung dari rakyat Rohingya dari Arakan, laporan dari pelarian Rohingya di Malaysia dan beberapa NGO hak asasi manusia di rantau ini.


Setakat ini puluhan ribu sudah dijangka dibunuh secara kejam. Mengulangi kembali penyembelihan 100,000 orang Rohingya yang dibunuh pada tahun 1945 oleh tentera dan puak estremis etnik Rakhine.


Berita bahawa berlaku pembakaran masjid dan madrasah juga disampaikan kepada Mapim. Laporan terkini yang Mapim terima dari Akyab (Sittwe), ibu negeri wilayah Arakan ialah sebanyak 21 buah masjid dibakar di 16 buah kampung. Mapim dibekalkan nama-nama kampung berkenaan.

Malah Mapim telah menerima laporan kejadian keganasan etnik Rakhine bersama polis di setiap perkampungan yang diserang.

Arahan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa bahawa warga Rohingya tidak dibenarkan menyembahyangkan jenazah serta juga tidak dibenarkan solat Jumaat.

Dalam keadaan yang sudah sedia parah dan azab ini, Mapim mengecam tindakan pihak berkuasa Bangladesh pula menutup sempadan Arakan-Bangladesh. Kini puluhan ribu lagi warga Rohingya cuba menyelamatkan diri melalui puluhan bot untuk menyeberang sungai untuk masuk Bangladesh. Bot dimuat dengan kanak- kanak, wanita, orang tua yang uzur, mereka yang cedera. Ramai yang dilapor mati kerana kebuluran dan tidak mendapat rawatan ketika melarikan diri.


Mapim mengesa delegasi Khas dari Asean dan PBB serta OIC hendaklah segera dihantar ke Arakan untuk menilai keadaan. Tekanan kepada Myanmar hendaklah dilakukan untuk memelihara hak asasi manusia minoriti Rohingya dan yang lain.


Mapim mengumumkan sedang berusaha untuk menghantar delegasi NGO Malaysia untuk misi kemanusiaan ke Arakan secepat mungkin. Kami memutuskan untuk menimbangkan kemungkinan untuk menghantar sebuah kapal kemanusiaan melalui laut bagi menyalurkan bantuan makanan dan ubatan serta khemah pelarian.

Mapim berpendapat negara-negara Asean masih tidak mengambil langkah wajar untuk membendung penghapusan etnik Rohingya setiap hari. Keadaan yang meruncing sehingga ke tahap rogol anak gadis, perampasan harta benda dari rumah, menculik anak muda dan dihilangkan adalah laporan yang tidak keluar di media dan sengaja ditutup dari pengetahuan dunia.

Oleh kerana itu jika keadaan tidak bertambah baik, Mapim tidak ada pilihan selain dari menghantar sukarelawan untuk mendesak kerajaan Myanmar memberi laluan untuk bantuan dibawa masuk ke Arakan.

AYUH SAHABAT KITA MENDOAKAN SAUDARA KITA DI ROHINGYA

DOA ITU SENJATA YANG PALING AMPUH BAGI MUSLIM