~BASAHKAN LIDAHMU~

Saturday, December 31, 2011

NEGARA IDAMAN KU



Firman Allah SWT,



“Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan jangan berpecah-belah…”


“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).“
(An-Nisaa’ ayat 174).

BERSEMPENA TAHUN BARU MASEHI 2012..............

Perspektif Membangun Negara Berkebajikan ADAKAH ia bercanggah dengan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM?. Realiti Membangun Negara Berkebajikan tetap selari dengan prinsip Islam dan sesungguhnya ia tidak bercanggah  dengan pendirian untuk menegak Negara Islam. Cuma kalimahnya berbeza, sedangkan isi dan acuannya tetap sama, iaitu untuk mencapai keredaan Allah SWT.

Di antara fakta yang harus difahami, Islam harus dilihat dari perspektif kepelbagaian sebagaimana dinyatakan Allah di dalam Al-Quran. Antaranya dalam surah Al-Fatihah, ada kalimah yang menjadi isi Negara Islam, iaitu ‘ihdinassiraatal mustaqim’ – tunjukilah kami jalan yang lurus – iaitu jalan agama yang diredai Allah dan Rasul-Nya.
Demikian natijahnya, Allah SWT menyebutkan Islam itu dengan pelbagai nama. Antaranya, Islam sebagai jalan yang betul (lurus), disebutkan juga (Surah Aali-Imraan : 103): ‘wa’tasimun bihablil Lah ijami’a’ – dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah – yang bermakna tali Allah itu ialah Islam. Demikian di dalam Al-Quran (An-Nisa : 174): ‘wa’anzalna ilaikum, nurann mubiina’ – dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
Justeru Membangun Negara Berkebajikan adalah kalimah yang diolah, sepertimana kalimah Islam itu diterangkan dalam pelbagai senario : bil-Islam (tali Allah) sebagai pengikat yang kukuh, penghubung di dalam menolong sesama insan dan Islam itu ibarat tali yang panjang dan insan beriman perlu berpegang kuat untuk sampai ke penghujungnya, iaitu syafa’at Nabi SAW dan keredaan Allah SWT.
Begitu pula, Islam sebagai cahaya iman yang membebaskan kehidupan manusia dari kegelapan (tidak beriman) kepada terang-benderang (mencapai keimanan). Oleh sebab itu, sesiapa sahaja akan menerima cahaya iman dengan izin Allah, tidak kira ia seorang Melayu atau Cina atau India. Semuanya menumpang atas cahaya iman itu, kerana akhirat kelak akan dibangkitkan bersama cahaya iman, jika sebenar-benar ia beriman.
Hakikat ini hanya ditemui dalam sebuah negara yang berkebajikan kerana kebajikan itu hendaklah difahami sebagai cahaya keimanan. Mana-mana negara yang melaksanakan program berkebajikan menurut acuan Islam, maka membolehkan rakyatnya mencapai tingkat berkebajikan berserta keimanan, iaitu mencapai tingkat keimanan disebabkan amal khairat kerajaan dan rakyat.
Demikian  merenung sejenak perpsektif Membangun Negara Berkebajikan yang ada baiknya dapat difahami oleh semua pihak.

BERITA HANGAT,UPSI

MUTAH,JORDAN,31 JAN: Mahasiswa Mataam Syuruk hari ini mengutuk sekerasnya tindakan keganasan terhadap sekumpulan mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ketuanya, (yg tdk perlu dinyata) berkata, tindakan memukul dan membelasah mahasiswa tersebut untuk menyeleraikan mereka sebagai satu tindakan yang bersifat ‘kebinatangan’ dan terkeluar dari norma manusia beragama.

“Tindakan tidak berperikemanusiaan dan lebih kepada kaedah ‘kebinatangan’ dalam menyuraikan kemaraan mahasiswa dan anak muda ini,” katanya.

Menurutnya, polis perlu menghormati peruntukkan yang sedia ada dan tidak sepatutnya dalam keadaan jahil dengan menuruti apa sahaja kehendak parti politik tertentu.

“Jangan jadi budak hingusan kepada Umno BN. Tugas anda menyelamatkan hak rakyat… bukan melindungi pemimpin zalim.

“Berlaku adillah kepada semua pihak,” tegas beliau.

Beliau turut menyifatkan agenda transformasi politik yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya politik murahan yang sebenarnya langsung tidak membawa apa-apa pengertian.

“Jangan termasuk dikalangan petanda dan ciri-ciri golongan munafik. Apabila bercakap, tidak menepati apa yang diucapkan.

"Sudah-sudahlah berjanji menggula-gulakan kehidupan rakyat,” ujarnya.

Tambah beliau, insiden yang berlaku terhadap mahasiswa bukan sahaja dirasai golongan itu, malah turut dirasai golongan anak muda seluruh negara.

Dalam insiden malam tadi, kira-kira 17 mahasiswa ditahan dan dua orang cedera parah dalam perhimpunan aman Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, malam tadi.

*copy harakah*

JAGALAH

time skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'ustaz,ustazah' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama enti.."

Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke?)
Ikhlas atau peraturan semata; (seems morelike the latter)
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula.

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa agama ajar.

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati, (especially at Facebook)
"abang, akak, rasa malu tu campak pi mana ?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang nasihat kepada ketua"(yg ad jawatan)

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila hati sudah ditakluki,
oleh syaitan yg dilaknati,
serta nafsu yang dicintai .

Orang cakap graduan mu’tah berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
moga-moga INSYAALLAH jadi realiti,
bila melihat kepada fi’il dan ilmunya,



Bila ditanya jawab semuanya,
walaupun tidak tahu semuanya,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tak tahu kenapa jawab ‘nya’,
cakaplah maaf kepada yng bertanya,
nanti kemudian saya jawabkannya,
Seronok sangat ke kumpul dosa?


Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan graduan agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Kesian ustaz,doktoe,pensyarah mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.





UNTUK DIRIKU...YG SERING LUPA

Thursday, December 29, 2011

SAH AU KHATA'?????


Golongan mahasiswa/wi adalah aset negara dan mereka juga merupakan dinamo kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan . Justeru itu, mereka bukan hamba abdi atau robot yang telah diprogramerkan untuk mengiya atau menidak, yang diperah kudrat mereka UNTUK kepentingan tertentu dan mengedit ilmu mereka agar kezaliman dipejamkan, yang halal diharamkan atau yg haram dihalalkan, untuk memastikan perkara itu, lalu mereka ditindas dengan pelbagai akta yang memihak kepada kediktatoran pemerintah, sekali gus tidak memihak apatah lagi memelihara kepentingan mereka.
Kerajaan tidak boleh melayan golongan mahasiswa/wi seperti melayan warga division dua, kerana golongan inilah yg akan menyumbangkan sesuatu yg akn memacu negara kepada yg lebih dinamik selari dengan lumrah alam atau sunnatullah.jikalau golongan ini dikeraskan atau dimacaikan, apa akan jdi kepada masyarakat 10tahun akan datang?adakah akan terbentuk masyarakat kelas pertama?atau masyarakat akan ‘still’............?
Setelah mengerah keringat, memerah otak,mengorban masa dan diberatkan dengan bantuan ptptn , wajarnya golongan yg dirahmati ini dijaga dan diweldingkan dengan nasihat yng membina dan dipacakkan dengan paksi  quran dan sunnah, dijaga dan ditunaikan hak mereka selayaknya. Saya pasti, mereka bukan menuntut suatu yang melebihi kewajaran dan hak yang sepatutnya mereka miliki. Juga mereka bukan menuntut agar dimanjakan oleh kerajaan. Sebaliknya mereka mahu hak mereka dihormati dan dihargai oleh kerajaan setelah mereka mengerahkan tulang empat kerat mereka untuk masa depan negara.
Kerajaan mesti bersikap terbuka dan sedia mendengar setiap masaalah berbangkit daripada rakyat termasuk golongan tercinta ini. Kedegilan kerajaan untuk tidak mendengar suara hati mahasiswa/wi akan mengundang masaalah besar kepada negara dan tidak keterlaluan jika saya menyebut bahawa ia juga berpotensi merencatkan kitaran sihat politik dan ekonomi negara menuju kestabilan yang didambakan.
Kerajaan bertanggungjawab memberi Jaminan Perlindungan Pekerjaan, Hak Kebajikan, Hak Berpersatuan, dan lain - lain tanpa sebarang diskriminasi yang membezakan antara mahasiswa/wi yg pro kerajaan atau pro pembangkang. 
kami mahukan kebebasan bersuara dan hak kami dizahirkan....
hidup mahasiswa.!!!!!!
setinggi manapun kita jgn dilupa kepada golongan yg terdahulu,jgn dihina,jgn dileceh,hormat mereka dengn selayaknya,jaga adab...INGAT!!!!!
kita semua adalah sama apa yang membezakan adalah AMAL DAN TAQWA

MATLAMAT 'STOP' NERAKA




Setiap manusia pasti berharap dan ingin beroleh kebahagiaan hakiki, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Allah menjanjikan syurga bagi para hamba-Nya yang istiqamah menjalankan ketaatan beribadah dan beramal soleh yang diniatkan semata-mata demi meraih reda-Nya.
Maksud firman Allah: “Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mukmin lelaki dan perempuan, akan mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya.”(At-Taubah: 72)
Allah berfirman, maksudnya, “Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas dalam benak manusia. Oleh itu, bacalah kalau kamu suka ayat al-Quran: seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu; bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajadah: 17)
Sesungguhnya jalan meraih syurga Allah adalah ditentukan oleh atas keimanan dan niat amalan sepanjang hidup di dunia ini.  Manusia yang utuh beriman kepada Allah, banyak beramal soleh semasa  hidupnya dan tiada yang dituju ibadah dan amalnya hanya mencari reda Allah, nescaya dadanya dipenuhi dengan rasa tenteram dan bahagia. Sebaliknya, manusia yang kufur dan banyak berbuat jahat (zalim), nescaya dadanya sempit dan dihinggapi kegelisahan tidak berhujung.
Jalan menuju syurga Allah sangat banyak. Salah satunya ialah dengan membaca serta menghayati kisah para soleh dan solehah yang dijamin masuk syurga. Kita juga boleh meneladani amal-amal kebaikan yang mereka lakukan agar beroleh barakah agung daripada Allah berupa syurga-Nya.
Semoga pertolongan dan rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan kita yang dengan itu kita dapat memahami bentuk amal soleh yang menuntun kita kepada syurga Allah serta mengenali muslimin dan muslimah agung yang beroleh jaminan syurga.

JOM SOLAT

sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.





Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT.

Thursday, December 22, 2011

jom layan suci@cuci......

     bukan layak untuk ku membicara


Setiap hamba Allah memiliki kemampuan dan kemahuan dalm beribadah yang berbeza-beza. Sedangkan nilai ibadah seorang hamba di hadapan Allah ditunjukkan dengan ikhlasnya dalam beramal. Tanpa keikhlasan takkan berarti apa-apa amal seorang hamba. Tidak akan ada nilainya di sisi Allah jika tiada ikhlas dalam beramal.
Niat adalah pengikat amal. Keikhlasan seseorang benar-benar menjadi teramat sangat penting dan akan membuat hidup ini menjadi lebih mudah, indah dan jauh lebih bermakna.
Balasan yang dinikmati oleh hamba Allah yang ikhlas adalah akan memperoleh pahala amal, walaupun amalan tersebut belum dilakukan. Disamping itu akan merasakan ketentraman jiwa, ketenangan batin. Betapa tidak? Karana dia tidak diperbudak oleh penantian untuk mendapatkan pujian, penghargaan atau imbalan. Dipuji atau tidak sama saja.

Sunday, November 20, 2011

...boToL,,,Oh..bootOL...

botol kaca,botol plastik,


semua itu adalah satu tempat untuk menyimpan cecair...
nak dengar tak satu peringatan untuk diri ku yg sering lupa,mai la dengr...
mula kita perhtikan dan kita fikirkan mana yng thn lasak antara botol kaca dan plastik?
..........mana yg lebih mahal?..........jwpan anda fikirkan lah yer...hehe...
botol yg mahal biasanya isi kandungannya yg bermutu @ mahal nilainya...contoh sebotol cuka harganya rm1 dan sebotol sos kimball rm3.50 dan........sebotol minyk wangi boleh mencapai sehingga ratusan ringgit atau lebih drpd itu.....
begitulah juga dengan hati kita..harga hati yg bertaqwa itu sudah tentu lebih tinggi nilainya disisi ALLAH..nabi bersabda yg mafhumnya...ALLAH tidak menilai seseorang itu melalui hartanya,amalanya..ttapi Allah melihat kepada hatinya...ayuh!!!!......

Friday, November 18, 2011

JGN DUK TNGGUH NOO







tiba2 aku rasa sebak dan jauh disudut hati ngilu bagai dihirs sembilu....oh ya tuhanku...astaghfirullah....ya allah ampunkan dosaku....

...dan bermula orng yg ingin mendekatkan dr kpd allah hendaklah dia melepasi halangan taubat......suara guruku dalm kitab manhajul abidin,

terlintas di hatiku,buat apa nak  bertaubat jika taubat2 lps tu buat pla pekara jahillyyah yang keji tu...ah tak payah lah buat malu!

.....(syarah tuan guru) jgn...kita jgn tngguh noo dalm buat kebaikan...lebih2 lg dalam bertaubat...jgn..jgn kita duk fikiaq jgn kita berdalih jgn kita beralasan mls nk taubat...alsannya kerana lepas taubat kita ulng pulak dosa itu...baru leps taubt ulng plk dosa...

tp hndklah kamu fikir...mai kita zonn dengn sangkaan yg baik kepd allah bhw kot2 Allah campakkan kita aatas martabat orang yg bertaubat kpdnya...oh alangkah bhgianya orng yang menghembuskan nafas yg terakhir dlm keadaan bertaubat kepdNYA .........


akhir kata untuk diri ku yg sering lupa.... acapkali lupa... air mata yg menglir kerana tkut dan ksih kepada allah adalah lebih baik dr sgalanya,,,,,,,

Thursday, November 17, 2011

RINTIHAN RINDU...YA ALLAH...


 Ba
Satu panggilan mesra bg anak muridnya di pondok
Menjadi tangga permulaan dlm keakraban utk dipupuk
Sungguh, cukup dgn panggilan kecintaan kami dicucuk
Pengganti bapa bg kami yg jahil ilmu Allah yg dok 'suk'...
Ba
Betapa hatiku bagai 'bercempera'
Sehingga mataku berkaca
Bagai si anak yg kehilangan bapanya
Terlebih lg yg tidak berbapa
Sungguh hatiku amat dahaga
Akan kasih syg dr org tua
Melihat dirimu terlentang tak bermaya
Memberi kesan hatiku terjeda...
Ba
Ku mohon pd Ilahi
Moga dapat sihat kembali
Mencurahkan ilmumu yg amat tinggi
Sungguh dirimu tiada pengganti
Dalam ketegasanmu utk mengenal Rabbul Izzati
Hukum Akal, Sifat Allah & Rasul yg amat kau tekani
Yakni ilmu USULUDDIN yg diajar pd kami...
Masyarakat kini sering menghiasi
Segala benda yg dpt ia 'sentuh'
Seindah/setinggi manapun bangunan yg ingin dibanguni
Akan hancur/runtuh jika tanahnya tidak kukuh....

Wednesday, October 19, 2011

Kenape ALLAH temukan kita dengan orang yang salah




Kenape ALLAH temukan kita dengan orang yang salah 



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Saturday, October 15, 2011

SEMANIS MADU YAMAN








Mutiara Nasihat al Habib Umar
~Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat darjatmu di sisi Allah.
~Barangsiapa semakin mengenal kepada Allah nescaya akan semakin takut.

~Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.

~Barangsiapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.

~Barangsiapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barangsiapa percaya pada risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.

~Kedekatan seseorang dengan para Nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.

~Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada 'ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.

~Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.

~Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.

~Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.

~Barangsiapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan setetes hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.

~Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian), lebih baik daripada melihat arsy dan seisinya seribu kali.

~Penyatuan seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah SAW. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah SAW merupakan permulaan untuk fana pada Allah (lupa selain Allah)

~Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan, golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.

~Barangsiapa yang menuntut keluhuran, maka tidak akan peduli terhadap pengorbanan.

~Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.

~Beliau r.a. berkata tentang dakwah, Yang wajib bagi kita yaitu harus menjadi da'ei dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti (katakanlah wahai Muhammad SAW inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku) apakah kita ikut padanya (Rasulullah) atau tidak ikut padanya? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

~Syaitan itu mencari sahabat-sahabatnya dan Allah menjaga kekasih-kekasihNya.

~Apabila ibadah agung bagi seseorang maka ringanlah adap (kebiasaan) baginya dan apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang maka akan keluarlah keagungan adat darinya.

~Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia akan naik ke derajat yang tinggi.

~Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada kholiq (pencipta) dan keluarkanlah berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Khaliq.

~Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman.

~Hakikat tauhid adalah membaca Al Qur’an dengan merenungi artinya dan bangun malam.

~Tidak akan naik pada darjat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).

~Barangsiapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.

~Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.

~Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.

( Disusun oleh : Ust Ja’far Sodiq al-Munawwar )