~BASAHKAN LIDAHMU~

Saturday, January 28, 2012

~TANPA KASIH KEPADANYA...TIDAK SEMPURNA IMAN~


Kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam Kehidupan Umat Islam



Hasil Pena: Al-Fadhil Ustaz Raja Mukhlis al-Azhari asy-Syadhuli

Ada orang daripada golongan anti-maulid berkata: “Mereka yang bangun dalam majlis maulid mengkhayalkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم hadir dalam majlis mereka.”

Jawapan:

Ia bukan suatu khayalan wahai orang yang lalai. Mereka yang bangun dalam majlis tersebut mengambil suatu waktu untuk menghayati kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم yang pada hakikatnya (kehadiran Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم) adalah sepanjang masa dalam kalangan umat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Mereka yang berdiri dalam majlis-majlis maulid dan sebagainya (khsusunya di mahal al-qiyam) berusaha untuk menzahirkan rasa penghormatan dalam menghayati kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم

Banyak sudut dan bukti kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam kehidupan umat Islam secara umum, maka ada dua sudut.

Pertama: Kehadiran Hati Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم Terhadap Umat Islam Sebelum Kelahiran Mereka

Sedangkan hati Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sentiasa hadir mengingati kita sebelum kelahiran kita (seluruh umat Islam), bagaimana hati Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم tidak hadir mengingati kita pula setelah kelahiran kita, dalam seluruh kehidupan kita?

Ada sebuah hadits menyebut cinta dan kerinduan khusus Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم – kepada umatnya yang terkemudian (iaitulah kita yang lahir setelah kewafatan Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم):

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أتى المقبرة فقال السلام عليكم دار قوم مؤمنين وإنا إن شاء الله بكم لاحقون وددت أنا قد رأينا إخواننا قالوا أولسنا إخوانك يا رسول الله قال أنتم أصحابي وإخواننا الذين لم يأتوا بعد

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم telah pergi ke kawasan perkuburan dan bersabda: “Sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami dengan kehendak Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”. Sahabat bertanya: “Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah?” Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (orang-orang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah)” [Hadits riwayat Imam Muslim no: 367. Begitu juga diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah no: 4296 dan Imam An-Nasa’ie no: 150. Ia juga diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwatha’ no: 53 sebagaimana dalam Al-Muntaqi]

Alangkah malangnya bagi mereka yang tidak pernah cuba untuk menghadirkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam satu saat pun daripada kehidupan mereka, sedangkan Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menghadirkan kita semua dalam kehidupan Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sendiri menghayati kehadiran kita sebelum kelahiran kita, bagaimana kita tidak berusaha untuk menghayati kehadiran Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم setelah kewafatan Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم?

Kedua: Kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam segenap kehidupan umat Islam setelah kewafatan Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.

Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:

حياتي خير لكم تحدثون ويحدث لكم ووفاتي خير لكم تعرض علي أعمالكم فما كان من حسن حمدت الله عليه وما كان من سيء استغفرت الله لكم

Maksudnya: Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan: Alhamdulillah, dan apa saja amal kamu yang aku dapati jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu. (Hadits ini diriwayatkanoleh Imam Ad-Dailami daripada Saidina Anas r.a., Imam Al-Harith r.a. daripada Saidina Anas r.a. juga dengan sanad yang mursal. Diriwayatkan juga dalam Kasyf Al-Khafa’ oleh Imam Al-‘Ajluni (19/11). Begitu juga diriwayatkan dalam Musnad Al-Harith (m/s: 969). Diriwayatkan juga dalam Al-Fath Al-Kabir (2/68) pada hadits no: 5886 dengan sanad Mursal. Begitu juga no: 5887. Imam Ibn Hajar Al-Haithami menegaskan bahawasanya perawi-perawi hadits ini adalah berdarjat sahih. Imam As-Suyuti juga meriwayatkannya dalam Al-Marasil (no: 11337 dan 11338). Selain sanad-sanad mursal yang kuat, Imam Al-Bazzar juga meriwayatkannya secara bersambung kepada Saidina Abdullah bin Umar dengan sanad yang kuat (no: 1723))

Hadits ini menunjukkan kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam kehidupan para umatnya dan sentiasa memerhatikan dan mengetahui perihal umat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم walaupun setelah kewafatan Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Dalam riwayat lain, amalan-amalan umat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم akan dibentangkan pada setiap malam Isnin dan Khamis.

Ini menunjukkan betapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sememangnya hadir dalam kehidupan umat Islam dengan kehadiran yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sahaja. Namun, sudah pastilah rasa penghormatan yang cuba dizahirkan oleh para umat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم juga sampai kepada Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.

Di zaman serba moden ini, alangkah jumudnya minda orang yang masih menganggap jarak sesuatu tempat menjadi penghalang terhadap suatu hubungan kehadiran antara dua pihak, sedangkan banyak alat-alat telekomunikasi dan perhubungan yang menghubungkan dua orang daripada dua tempat yang sangat jauh jaraknya, yang mana mereka boleh saling menzahirkan penghormatan kepada sesama mereka dari tempat mereka, lalu sampai kepada teman mereka masing-masing. Seumpama, seorang pekerja sahaja boleh menzahirkan penghormatan kepada tuannya melalui alat perhubungan walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh, samada perhubungan seperti panggilan video atau sebagainya.

Bagaimana dengan pendedahan teknologi sebegini, seseorang masih lagi tidak dapat menerima hubungan para pencinta Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم yang menzahirkan penghormatan mereka dalam sesuatu majlis di negara-negara yang jauh, dengan Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم di Al-Madinah Al-Munawwarah sedangkan alam roh itu sendiri tidak dibatasi oleh dimensi seperti alam jasmani dan sebagainya.

Pelajaran daripada Kisah al-Utbi

Daripada Imam al-’Utbi [Abu 'Abdul Rahman Muhammad bin 'Abdullah atau 'Ubaidillah bin 'Amr bin Mu`awiyah bin 'Amr bin 'Utbah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb yang lebih dikenali sebagai Imam al-'Utbi] di mana dia telah berkata: “Adalah aku satu ketika duduk di samping kubur Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, maka telah datang seorang A’raabi (penduduk kampung) mengucapkan salam kepada Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dengan katanya: “Salam kesejahteraan bagimu, wahai Rasulullah, aku telah mendengar Allah Ta`ala berfirman:

وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوۤاْ أَنْفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُواْ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُواْ ٱللَّهَ تَوَّاباً رَّحِيماً

[Dan kalaulah mereka ketika menganiayai diri mereka sendiri (dengan membuat dosa dan kesalahan) datang kepadamu (wahai Nabi) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. – Surah an-Nisa’: 64]

Dan aku telah mendatangimu dalam keadaan memohon keampunan dari segala dosaku dan mengharapkan syafaatmu kepada Tuhanku.” Lalu dia melantunkan beberapa bait syair seperti berikut:-

يا خير من دفنت بالقاع اعظمه * فطاب من طيبهن القاع والأكم
نفسي الفداء لقبر انت ساكنه * فيه العفاف وفيه الجود و الكرم

Maksudnya:

Wahai manusia terbaik bersemadi dalam bumi jasadnya
Maka harumlah lembah dan bukit dengan keharumannya
Jiwaku jadi tebusan kubur yang engkau penghuninya
Dalamnya ada (peribadi) yang suci, pemurah lagi mulia

Al-’Utbi meneruskan ceritanya: “Kemudian, dia berpaling meninggalkan maqam Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, tiba-tiba dua mataku mengantuk, lalu aku bermimpi melihat Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam tidurku dan baginda bersabda kepadaku: “Wahai ‘Utbi, segera pergi berjumpa A’rabi itu dan khabarkan berita gembira kepadanya bahawa Allah telah mengampuninya.” [Dinukilkan dari kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi; Fasal Mengenai ziarah Qubur Nabi -shollallahu ‘alaihi wasallam- Halaman 206, Dar al-Fikr Beirut- 2002M/1422H. Kisah ini ini sangat masyhur dan dinukilkan oleh para ulama didalam kitab-kitab mereka sepertimana yang aku nyatakan diatas.]

Kisah ini diriwayatkan oleh seorang ulama’ besar dalam bidang hadits yang sangat mementingkan sumber-sumber yang sahih dalam periwayatan iaitulah Imam An-Nawawi رحمه الله. Maka, ini adalah sebahagian daripada contoh di mana Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم hadir dalam kehidupan para pencinta secara khusus dan umat Islam secara umumnya.

Ketiga: Kehadiran Khusus Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم Terhadap Mereka yang Berselawat Ke Atas Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم

Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم juga hadir menerima selawat-selawat yang disampaikan oleh umat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم setelah kewafatan Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:

مَا مِنْ أَحَدٍ سَلَّمَ عَلَيَّ إِلا رَدَّ اللَّهُ رُوحِي حَتَّى أَرُدَّ عَلَيْهِ السَّلامُ

Maksudnya: “Tiadalah seseorang yang menyampaikan salam ke atasku melainkan Allah s.w.t. akan mengembalikan rohku sehingga aku menjawab salam ke atasnya”. (Hadits ini diriwayatkan oleh Ishaq bin Rahuyah (atau Rahwaih) dalam musnadnya dengan sanad hasan (perawi-perawi Imam Muslim) no: 460, Imam Ahmad dalam Musnadnya (no: 10591) dengan sanad hasan yang sama, Imam Abu Daud dalam Sunannya dan sebagainya daripada Saidina Abu Hurairah رضي الله عنه.)

Dalam riwayat lain, Saidina Ibn Abbas r.a. berkata:

لَيْسَ أَحَدٌ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلَّى عَلَيْهِ صَلاةً إِلا وَهَي تَبْلُغُهُ , يَقُولُ لَهُ الْمَلَكُ : فُلانٌ يُصَلَّى عَلَيْكَ كَذَا وَكَذَا صَلاةً

Maksudnya: “Tiadalah seseorang daripada Umat Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم berselawat ke atas Baginda – صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم melainkan ia akan sampai kepada Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم lalu malaikat berkata kepada Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم: “Si fulan berselawat ke atasmu dengan begini dan begini…”

Ini menunjukkan samada Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم berinteraksi secara langsung dengan umat Islam yang menyampaikan salam dan selawat ke atas Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ataupun melalui perantaraan malaikat, namun tetap sahaja bentuk amalan yang dilakukan oleh mereka yang menyampaikan salam dan selawat kepada Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sampai kepada Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.

Maka, mereka yang berdiri dalam majlis maulid ketika menyampaikan ucapan alu-aluan yang mengalu-alukan kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam kehidupan manusia, telah menghayati betapa penghormatan dalam alu-aluan mereka itu sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم samada dengan kehadiran roh Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ke dalam majlis-majlis tersebut ataupun sampai kepada Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم yang berada di Al-Masjid An-Nabawi. Al-Muhim (yang penting), penghayatan mereka betapa mereka diperhatikan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ketika menzahirkan kegembiraan dan penghormatan tersebut adalah berlandaskan nas-nas syarak yang telah disebutkan dan banyak lagi yang tidak sempat disebutkan di sini.

Bagi mereka yang tidak mendalami nas-nas syarak sebegini secara menyeluruh atau mindanya terbatas dengan kebiasaan adat yang sempit, walaupun dengan ledakan teknologi telekomunikasi semasa, lalu mengingkari amalan berdiri ketika membaca puji-pujian dan alu-aluan dalam maulid yang menjadi simbol penghormatan dan kegembiraan yang disampaikan kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, maka mereka perlulah menginsafi betapa mereka jauh daripada penghayatan terhadap kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dalam kehidupan umat Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Biarlah para pencinta mengungkapkan cinta dan rindu mereka kepada Saidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dengan cara yang sememangnya tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama sekali.

Wallahu a’lam

Friday, January 27, 2012

~MULIAKAN NAMA~

Perkongsian dari Majalah Q&A Bil. 2

"MULIAKAN NAMA"

(Raikan sunnah dan adab ketika menulis nama Allah dan Rasul)

Ramai yang kurang mengambil perhatian apabila menulis nama Allah سبحانه و تعالى dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم di dalam risalah-risalah dan buku-buku mereka.

Sepatutnya bagi seseorang tersebut untuk meraikan sunnah dan adab apabila menulis nama-nama yang mulia ini.

Antaranya ialah :

1) Sebaiknya, elakkan menulis pada pujian Allah سبحانه و تعالى dengan singkatan SWT dan singkatan pada selawat dan salam buat junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم seperti yang ditulis oleh sebahagian penulis seperti SAW, Salam, dan lain-lain.

2) Disunatkan, apabila kita hendak menulis nama Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, di atas kertas atau pada komputer, digalakkan kita bersama mengucapkan selawat dan salam dengan lisan kita.

3) Disunatkan bagi kita setiap kali mendengar dan membaca nama Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم untuk turut sama berselawat walaupun nama Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم diulang ribuan kali tidak kira sama ada ketika sedang membaca kitab, mendengar ceramah, atau sebagainya.

Sesungguhnya orang yang banyak berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم akan beroleh syafaatnya di akhirat kelak."

Thursday, January 26, 2012

~AKU TINGGALKAN DIA KERANA ALLAH~


 














Dengan nama Allah

Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
...
Nama'mu'kah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai putri.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.

Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu


Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku

Aduhai putri,
Maafkan aku.

Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu
Aku akn jemput dirimu pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita


Jadilah dirimu mawar yang mekar
Dan doakan aku agar menjadi syabab yang hebat

"i've leave her for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!

Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti
Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya
Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]


usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)

[An Nur: 26]


Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:

"Tuhan kami ialah Allah"

kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]



Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.

Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

[Fussilat:36]

copy paste: http://hanyapadailahi.blogspot.com/2010/01/aku-tinggalkan-dia-kerana-allah.html

Wednesday, January 25, 2012

KASIHNYA ALLAH SWT

 بسم الله الرحمن الرحيم
"Kasihnya Allah SWT kepada kita sehingga disiapkan bumi dengan segala kelengkapannya sebelum dijadikan manusia dibumi. Sepertimana kita yang ingin menerima menantu, kita adakan majlis kenduri dengan segala persiapan seperti khemah, lauk-pauk sehingga kepada air basuh tangan disediakan untuk rombongan menantu yang tiba di hari perkahwinan. Ini menunjukkan sanjungan kita kepada rombongan menantu yang bakal tiba, demikianlah juga kasih Allah SWT bahkan ia jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kasih kita kepada bakal menantu."

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 6 Januari 2011.

Tuesday, January 24, 2012

KHUTBAH TERAKHIR SAW



Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

~RASULULLAH SAW DALAM MENGENANGMU~


Rasullullah saw tumbuh dgn sifat-sifat yang paling sempurna,
Dikelilingi selalu pemeliharaan Allah Maha Kuasa serta diliputi rahmatNya berlimpah-limpah.

Ia tumbuh dalam sehari,
seperti bayi lain dalam sebulan.
Keluhuran peribadinya tampak sempurna
Sejak usianya yang amat muda,
Menjadi saksi bahawa dialah penghulu keturunan Adam semuanya.

Bintang-bintang kemujuran selalu bersamanya
Demikian pula segenap benda di alam ini
Menampakkan kesetiaan dan kepatuhan padanya.

Tiap kali ia " meniupi" penderita sakit
Niscaya Allah melimpahkan kesembuhan baginya,
Tiap kali berdoa memohon hujan,
Niscaya Allah selalu menurunkannya.

Demikianlah keadaanya sehari-hari
Sampai ia telah melewati masa mudanya
Dan mencapai usia dewasa.
Saat itulah Allah mengkhususkannya,
Dengan kemuliaan hanya baginya seorang.

Dan turunlah Jibril a.s arRuhul Amin,
Membawa khabar gembira dari Tuhannya Seru Sekalian Alam,
Membacakan baginya ayat-ayat suci Al-Quran Al-Hakim,
Demi memenuhi firmanNya :
" ...Dan sesungguhnya kepadamu telah diberikan AlQuran dari hadirat Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui"

Adapun mula pertama diturunkan kepadanya,
Diantara ayat-ayat suci padat berisi
Yang berasal dari hadirat Allah swt ialah:
" Bacalah dengan nama Tuhanmu-lah yang paling mulia!
Yang mengajar dengan kalam;
Mengajar manusia apa yang tiada ia tahu..."

Oh... betapa agungnya khabar gembira ini
Kurnia sempurna yang datang dari Allah
Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah,
Lalu dikuatkan lagi dengan firmanNya :
" Ar-Rahman, Tuhan Maha Pemurah,
Mengajarkan AlQuran,
Mencipta insan,
Lalu diajarinya fasih perkataan..."

Dan tiada syak lagi,
Tentulah dia saw,
Insan yang dimaksudkan dengan pemberian ajaran itu,
Dari hadrat Allah Maha Rahman dan Rahim.

Limpahkan Ya Allah,
Semulia-mulia selawat dan salam,
Atas junjungan dan Nabi kami Muhammad saw,
Yang amat penyantun, amat penyayang.

Sumber : Maulid SimtudDurar karangan Imam Arif Billah Habib Ali bin Muhammad bin Husin Al-HabsyiRasullullah saw tumbuh dgn sifat-sifat yang paling sempurna,
Dikelilingi selalu pemeliharaan Allah Maha Kuasa serta diliputi rahmatNya berlimpah-limpah.

Ia tumbuh dalam sehari,
seperti bayi lain dalam sebulan.
Keluhuran peribadinya tampak sempurna
Sejak usianya yang amat muda,
Menjadi saksi bahawa dialah penghulu keturunan Adam semuanya.

Bintang-bintang kemujuran selalu bersamanya
Demikian pula segenap benda di alam ini
Menampakkan kesetiaan dan kepatuhan padanya.

Tiap kali ia " meniupi" penderita sakit
Niscaya Allah melimpahkan kesembuhan baginya,
Tiap kali berdoa memohon hujan,
Niscaya Allah selalu menurunkannya.

Demikianlah keadaanya sehari-hari
Sampai ia telah melewati masa mudanya
Dan mencapai usia dewasa.
Saat itulah Allah mengkhususkannya,
Dengan kemuliaan hanya baginya seorang.

Dan turunlah Jibril a.s arRuhul Amin,
Membawa khabar gembira dari Tuhannya Seru Sekalian Alam,
Membacakan baginya ayat-ayat suci Al-Quran Al-Hakim,
Demi memenuhi firmanNya :
" ...Dan sesungguhnya kepadamu telah diberikan AlQuran dari hadirat Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui"

Adapun mula pertama diturunkan kepadanya,
Diantara ayat-ayat suci padat berisi
Yang berasal dari hadirat Allah swt ialah:
" Bacalah dengan nama Tuhanmu-lah yang paling mulia!
Yang mengajar dengan kalam;
Mengajar manusia apa yang tiada ia tahu..."

Oh... betapa agungnya khabar gembira ini
Kurnia sempurna yang datang dari Allah
Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah,
Lalu dikuatkan lagi dengan firmanNya :
" Ar-Rahman, Tuhan Maha Pemurah,
Mengajarkan AlQuran,
Mencipta insan,
Lalu diajarinya fasih perkataan..."

Dan tiada syak lagi,
Tentulah dia saw,
Insan yang dimaksudkan dengan pemberian ajaran itu,
Dari hadrat Allah Maha Rahman dan Rahim.

Limpahkan Ya Allah,
Semulia-mulia selawat dan salam,
Atas junjungan dan Nabi kami Muhammad saw,
Yang amat penyantun, amat penyayang.

Sumber : Maulid SimtudDurar karangan Imam Arif Billah Habib Ali bin Muhammad bin Husin Al-Habsyi

SIAPA YANG BERUSAHA DIA DAPAT (من جد و جد)



Tentukan perkara yang anda ingin perolehi dan pastikan ianya jelas. Tulis ianya secara jelas dan baca sebanyak 3 kali sehari. Pastikan matlamat yang anda tulis itu meliputi segala aspek dalam kehidupan anda seperti bisnes, kesihatan, hubungan dan lain-lain. Pastikan matlamat anda dibantu dengan imaginasi. Guna imaginasi anda untuk membayangkan impian anda. Ketahuilah, kita menarik apa yang kita fikirkan dan fokus.


 Percaya anda dapat mencapainya dan sanggup unutk membayar harga kepada kejayaan tersebut.
Ambil tindakan untuk memastikan ianya berjaya direalisasikan. Ambil tindakan!


Model atau meniru seseorang yang telah berjaya dalam perkara yang anda ingin capai. Contohnya, perkara apakah yang telah dibuat oleh mereka untuk menjadi kaya atau bisnes. Bagaimanakah bentuk pemikirannya? Aktiviti senaman bentuk bagaimanakah yang dibuat oleh mereka untuk kekal sihat dan cergas dan lain-lain. Anda boleh meniru model bukan sekadar daripada seorang tetapi daripada beberapa orang.

~CONTOH UNTUK PERKONGSIAN~

umur (target anda) tahun lancar quran (30juz)
caranya.. 1hr 1 juz,
lps subuh, zohor,asar,isaya', 5helai
1bulan =30juz
1tahun=12kali khatam




Tuesday, January 17, 2012

~JAGA LIDAH~


Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, nasihatilah aku." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jagalah taqwa kepada Allah s.w.t. sebab taqwa itu menghimpunkan segala kebaikan. Dan kerjakan jihad sebab dia sebagai pertapaan bagi ummat Islam. Dan lazimilah zikrullah dan membaca al-quran, sebab ia cahaya penerangan untukmu dibumi dan sebulatan namamu dilangit. Dan jagalah lidahmu kecuali dalam kebaikan sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan laknatullah."
                       
Abul Laits berkata: "Taqwa kepada Allah s.w.t. ialah mengerjakan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan laranganNya, maka siapa berbuat demikian bererti telah menghimpunkan semua kebaikan. Dan jagalah lidahmu dalam kebaikan bererti katakanlah yang baik sehingga untung dan diamlah dari kejahatan sehingga selamat. Dan manusia tidak dapat mengalahkan syaitan laknatullah kecuali dengan diam, kerana itu seharusnya seorang muslim menjaga lidahnya sehingga terlindung dari syaitan laknatullah. Dan Allah s.w.t. akan menutup auratnya."


 ~mari kita berselawat~


Sunday, January 15, 2012

CINTA LUAR NIKAH




Cinta luar nikah itu haram sepertimana haramnya hubungan luar nikah,
walaupun anda bercouple dalam keadaan berpurdah atau berserban untuk menutup kemunafikan anda,
Allah tetap tak kan malu dan segan untuk panggang anda dalam api neraka yang pekat hitam dan mengeluarkan isi perut anda dengan besi panas dari neraka,dan cairkan otak anda dengan masukkan cecair hamim dari neraka ke lubang telinga anda,dan hancurkan kepala dan otak anda dengan batu besar dari neraka..

Apakah anda begitu bodoh hingga tidak dapat memahami perkara ini?



Tetapi alasan bodoh pun tidak akan diterima Allah nanti...


Apakah kebodohan yang lebih besar daripada orang yang bercouple atas alasan nak cari jodoh sedangkan Allah telah pun menetapkan siapa jodohnya?



Couple juga x akan menjadi halal selama2nya kecuali dgn akad nikah,jika ia halal tentu telah diamalkan para sahabat,para tabiin,tabi tabiin,ulama mutaakhirin dan mutaqdimin,para sufi,para masyaikh tareqat,para masyaikh tabligh dan org2 soleh..

Tapi ianya dilakukan oleh org2 fasik terang terangan dan juga para ahli purdah,tudung labuh,serban yg munafik yg cuba menghalalkannya dengan menambah perkataan islami dihadapannya,



Budaya couple ini dipopularkan oleh kristian dan yahudi untuk menghancurkan umat islam kerana kehancuran islam itu bermula dari wanita dan akan khatam juga dari wanita...



 Tujuan kita keluar dakwah salah satu sebabnya ialah kita ingin mengubah seorag ketua keluarga yg bakal mengubah suasana rumahnya menjadi seperti rumah para sahabat seterusnya akan mngubah kaum wanita dlm rumahnya....



Apabila kaum wanita berubah,menjaga maruah,x keluar rumah,xtunjuk diri,x dikenali dunia,maka saat itu islam akan capai kemenangan....



Sejak zaman sahabat lagi umat islam digoda degan wanita,dalam riwayat banyak mnceritakan yang sahabat2 dihantar emas dan wanita bogel utk menjatuhkan iman sahabat,begitu juga pada zaman berikutnya,dan kejatuhan andalusia juga disebabkan wanita...dan kini islam terus jatuh dan jatuh kerana budaya worldwide yang menjadi terlampau umum(FACEBOOK) mnyebabkan orang ramai menganggap ia halal dan tanpa segan silu mengisytiharkan yg dia ada boyfriend/girlfriend termasuk lah yg berpurdah/berserban,ustaz/ustazah...



Banyak status2 wanita2 yang kononnya islami tentang cinta luar nikah,tentang kekecewaan ditinggalkan pasangan luar nikah dan lain2 lg..sdgkan di biodata nya tertulis 'I love allah' dan seumpamanya.
 
‎#Ibnu Batoota's Status


~BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA~

Saturday, January 14, 2012

SANG MURABBI




Tak sengaja terjumpa kalam indah Ulama' Besar Tok Kenali perihal sifat dan sikap bangsa Melayu kita.Bicaranya,"sahya lihat anak-anak putra bumi sahya ini tidak sangat berbeza antara masa mereka itu bernaung di bawah telinga gajah,dengan masa mereka itu berteduh di bawah dagu singa hanya mereka itu mendiamkan diri seolah-olahnya mereka itu memacak paku skru di cekarawala tiada boleh bergerak-gerak lagi...(Muhammad Yusof Kenali 1918).Terfikir akan kata-kata sang MURABBI….

Wednesday, January 11, 2012

OTAK,AKAL DAN FIKIRAN






Otak, akal dan fikiran adalah suatu nikmat dan anugerah Allah S.W.T kepada manusia. Seringkali ketiga-tiga kurniaan ini diaggap sama namun hakikatnya otak, akal dan fikiran adalah suatu yang berlainan tetapi saling berkaitan. Otak ialah ciptaan Allah yang bersifat konkrit dan kelihatan. Bagi yang belajar subjek Biologi tentu biasa mendengar teori Roger Sperry yang menyatakan otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Kedua bahagian ini mempunyai daya fikiran yang berbeza. Bahagian otak kanan membolehkan kita berfikir dengan kreatif dan berimaginasi sebaliknya bahagian kiri otak membolehkan kita berfikir dengan logik dan analisis.

Akal pula adalah suatu ciptaan Allah yang unik. Tidak seperti otak, ia bersifat abstrak atau tidak kelihatan. Namun, ia tetap wujud. Jika anda melihat pembedahan otak dilaksanakan, yang anda akan lihat hanyalah otak bukan akal. Akal ialah anugerah yang besar daripada Allah S.W.T kepada kita semua makhluk-Nya yang bernama manusia. Dengan akal darjat kita ditinggikan berbanding makhluk Allah yang lain seperti tumbuhan dan binatang. Dengan adanya otak dan akal barulah fikiran boleh dihasilkan.


Perumpamaan otak dan akal adalah umpama hardware dan software dalam komputer. Kita andaikan otak kita adalah hardware manakala akal ialah software. Kedua-dua unsur ini perlu digabungkan untuk berfungsi dengan baik. Seperti yang kita tahu, setiap hardware memerlukan software untuk berfungsi manakala tanpa hardware pula, software tidak dapat digunakan. Mustahil untuk menggunakan komputer tanpa software dan mustahil untuk menggunakan software tanpa adanya komputer.


Begitulah juga hubungkait antara otak dan akal manusia. Tanpa wujudnya otak, akal tidak dapat digunakan dan tanpa akal pula, mustahil otak dapat digunakan. Jika kedua-dua otak dan akal digunakan maka akan wujudlah fikiran. Dengan wujudnya fikiran maka manusia boleh berfikir. Fikiran pula wujudnya dalam dua keadaan iaitu fikiran keadaan sedar dan fikiran bawah sedar. Dari sudut ilmiah, fikiran sedar digunakan dalam empat tahap iaitu mengenal pasti maklumat, membuat perbandingan, menganalisis dan membuat keputusan terhadap sesuatu maklumat.


Maklumat dikenalpasti dengan menggunakan pancaindera kurniakan Allah S.W.T iaitu bau, sentuhan, penglihatan, pendengaran dan perasaan/ rasa). Perbandingan dilakukan dengan merujuk kepada bahan dan pengalaman setiap manusia seterusnya dianalisis sebelum fikiran memutuskan sesebuah maklumat itu. Sungguh hebat ciptaan Allah, hanya beberapa saat sahaja otak kita mampu memproses dan menerima berjuta-juta maklumat. Subhanallah. Firman Allah S.W.T:
"Yang telah menciptakanmu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuhmu) seimbang, dalam bentuk apa yang dikehendaki, Dia menyusun tubuhmu". (al-Infitar:7-8)


Minda bawah sedar pula adalah suatu keadaan di mana manusia berfikir di luar tahap kesedarannya. Mengikut teori pakar hipnosis, Milton Erickson, kemampuan berfikir di tahap bawah sedar adalah jauh lebih tinggi daripada fikiran sedar. Beliau menisbahkan kemampuan berfikir bawah sedar adalah sembilan kali ganda lebih tinggi daripada kemampuan fikiran sedar. Kadang-kala kita merasakan sesuatu memori itu telah dilupakan namun pada suatu ketika kita dapat mengingatinya kembali tanpa menyedari memori itu tersimpan di dalam otak. Maka ketika itulah fikiran bawah sedar akan keluar dan digunakan.


Sesungguhnya rahsia ilmu Allah itu sangat luas dan hakikat yang sebenar hanya Allah yang lebih mengetahui. Merenung penciptaan tiga anugerah Allah bernama otak, akal dan fikiran ini akan membuatkan kita berasa kerdil nya diri kita. Biarpun kita digelar manusia terpintar didunia ini, adalah mustahil bagi kita untuk mencipta satu ciptaan yang menyamai ketiga-tiga benda ciptaan Allah ini. Moga kita menggunakannya ke arah kebaikan dan diredha Allah S.W.T bukan sebaliknya kerana kita perlu ingat siapa yang menciptakan kesemuanya.


*orang yang paling cerdik ialah yang selalu ingat akan mati*
~ingat mati, ingat ALLAH~
COPY N PASTE

~UNTUK DIRIKU YANG SERING LUPA~






Time skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'ustaz,ustazah' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama enti.."

Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke?)
Ikhlas atau peraturan semata; (seems morelike the latter)
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula.

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa agama ajar.

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati, (especially at Facebook)
"abang, akak, rasa malu tu campak pi mana ?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang nasihat kepada ketua"(yg ad jawatan)

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila hati sudah ditakluki,
oleh syaitan yg dilaknati,
serta nafsu yang dicintai .

Orang cakap graduan mu’tah berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
moga-moga INSYAALLAH jadi realiti,
bila melihat kepada fi’il dan ilmunya,

Bila ditanya jawab semuanya,
walaupun tidak tahu semuanya,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tak tahu kenapa jawab ‘nya’,
cakaplah maaf kepada yng bertanya,
nanti kemudian saya jawabkannya,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan graduan agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Kesian ustaz,doktor,pensyarah mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.

Thursday, January 5, 2012

xberi itu beri,dan beri itu xberi


 بسم الله الرحمن الرحيم




dengn sebb apakah manusia xtrlps dr perasaan puas hati?

krn dlm diri ada nafsu…sbb itulh kita dituntut berjihad malah lebih besar ganjarannya disisi allah..apakah nafsu itu?
iaitu nafu yg berperangai ammarah..sebab itu lah kita dituntut melawannya supaya bertukar menjadi nafsu yg baik…lawwamah, muthmainnah,,yg nafsu yg betul2 mengenali tuhannya,,apabila telah mengenali tuhan maka hati akan redha pada tuhan,,,dan bergantung harap kepada ALLAH,,AL-HASIL ALHAMDULILLAH bergetar melalui bibir jika ditimpa musibah.. sakit? alhamdulillah,,kerana sakit itu ubat dan pemberian dari allah,
  المنع هو العطاء و العطاء هو المنع
xberi itu beri,dan beri itu xberi

xfaham,,,,contoh yg ada anak 5orang ,,setiap anak mahukan motor misalnya,adakah akan kita tunaikan? jika kita tunaikan maka adatnya rosaklah anak itu,,jika xberi maka…??….kadang tidak memberi itu lebih baik….INGATLAH wahai diri ku yg lemah ini Allah itu pencipata kepada semua!!!!!
allah menentu dan menjadikan apa yg DIA pilih dan yg  dikehendakiNYa…ALHAMDULILLAH…SBB TULAH RADHITU BILLAHHI RABBA….

APAKAH PENWARNYA..

IKHLAS..SATU perkara yg susah kerana maknanya itu pun bersih…sbb itu ada ulamak mengatakan tlh aku usahakan ikhlas dalm diri ku berpuluh tuhun lamanya..
maka untuk mendapat intan ini memerlukan mujahadah nafsi yg hebat dan berterusan disamping bertawakkal kepada ALLAH… والله اعلم وعلمه واتم
اللهم اجعلنا من المخلصين،،،،،،،،،،

Wednesday, January 4, 2012

UNTUK HANTU PC



Dari semasa ke semasa,pengguna komputer dan internet terus meningkat setiap tahun.Dari anak kecil hingga mereka yang telah berumur dan tidak dapat kita nafikan salah satu penyebab peningkatan penggunaan komputer dan internet ini adalah disebabkan kewujudan laman sosial yang sangat popular pada masa kini iaitu Facebook.com.

Namun adakah anda sedar terdapat satu sindrom yang sangat bahaya mampu menyerang sesiapa sahaja pengguna internet? Ianya dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome(CTS).



Carpal Tunnel Syndrome(CTS)










Apa itu Carpal Tunnel Syndrome(CTS)?

Carpal Tunnel Syndrome(CTS) merupakan sindrom yang menyebabkan tangan anda “semut-semut”,kebas,kelemahan otot dan jika terus dibiarkan dalam jangka masa panjang,kemungkinan akan menyebabkan kecacatan.



Apakah penyebab penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?

  •     Penggunaan Tetikus(mouse) dan Papan Kekunci(Keyboard) dengan cara yang salah.
  •     Perubahan hormon khususnya bagi wanita hamil.
  •     Posisi tidur yang salah dan menyebabkan saraf tengah di dalam terowong karpal pada pergelangan tangan tertindih ataupun tersepit ketika tidur.
  •     Faktor genetik.
 Kebanyakkan dari pengguna komputer tidak mengambil serius mengenai sindrom ini,namun adakah anda sedar sindrom adalah sangat merbahaya,jika tidak dimasa muda mungkin di hari tua kelak.Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini juga mampu mengakibatkan sendi pergelangan tangan terputus dan tangan anda tidak akan dapat berfungsi sama sekali.



Bagaimana mencegah penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?

    Pilih tetikus yang sesuai dengan tangan anda dan tidak terlalu kecil yang menyebabkan hanya ibu jari dan kelingking yang digunakan.Tetikus yang sesuai anda gunakan ialah tetikus(mouse) yang mudah dipegang dan menyentuh seluruh permukaan telapak tangan.
    Pegang tetikus dengan cara yang betul dan posisi tangan tidak tergantung di atas meja ketika memegang mouse(rujuk gambar).
    Gunakan papan kekunci dengan betul.



*Posisi Kedudukan yang betul ketika menghadap komputer.Pastikan duduk dengan cara yang betul.












Sentiasa lakukan senaman tangan untuk mengelakkan penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini.





Pesan saya,mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.Lakukan sentiasa pergelangan tangan untuk mengelakkan anda terkena penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini.
Carpal Tunnel Syndrome(CTS)

HARGAILAH NIKMAT KURNIAN DARINYA......

*COPY N PASTE    http://blog.cekapkomputer.com




SURAT TERBUKA KEPADA ORANG MELAYU : ISLAM DIDAHULUKAN, MELAYU BERSAMANYA :




Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini. 

Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak? 

Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:

قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } [الأعراف: 158




158. Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk." 

Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan Umno :”hidup Melayu!”. 

Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb. 

Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab. Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan. 

Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, diantaranya Allah memberi amaran :

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ (38 ) مخمد

38. Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad) 

Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan. 

Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis: .

(Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina). 

Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia. 

Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat dibawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain. 

Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini. 

Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah. 

Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tebal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri malainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak dihadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini saperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. 

Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa. 

Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi. 

Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk. 

Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah ditanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada ditanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir dikawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka. 

Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh dibelakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam. 

Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesedaran berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat. 

Pemimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno . 

Ketinggalan orang melayu dalam politik Singapura ditahun lima puluhan dan enam puluhan adalah dibawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah dibawah Umno juga. Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah dikawasan mereka. Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata Umno menindas negeri Melayu. Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.

Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.



PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam. 

Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.




PRESIDEN PAS
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang

Monday, January 2, 2012

::..MANFAAT STRES UNTUK ORANG BERIMAN..::




Manfaat Stres :

STRES kerana TAKUT GAGAL,
Menyebabkan kita BANGUN berusaha dengan lebih GIGIH..

STRES kerana HUBUNGAN kita TIDAK MESRA dengan IBU BAPA,
Menyebabkan kita BERTINDAK meminta MAAF, berTERUS TERANG dan melakukan TINDAKAN-TINDAKAN POSITIF bagi membetulkan KEADAAN..

STRES kerana JAHIL,
Menyebabkan akan terdorong dalam DIRI seseorang itu untuk BANGUN menimba ILMU..

STRES kerana merasakan diri BERDOSA,
Menyebabkan akan terdorong dalam DIRI seseorang yang masih ada sekelumit iman dalam HATI untuk berISTIGHFAR, berTAUBAT dengan SUNGGUH-SUNGGUH dan berAZAM tidak akan mengulangi DOSA SILAM..

STRES kerana merasakan diri tiada PENCAPAIAN
Menyebabkan akan terdorong dalam DIRI seseorang itu untuk MEMOTIVASIKAN DIRI berusaha meRAIH KEJAYAAN dalam HIDUP..

STRES kerana melihat perbuatan MUNGKAR BERLELUASA,
Menyebabkan JIWA seseorang itu memBERONTAK ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar..

STRES kerana diDIAGNOSIS ada RISIKO KESIHATAN,
Menyebabkan si PESAKIT ITU akan berUSAHA menJAGA PEMAKANAN dan meLAKUkan PELBAGAI USAHA untuk MENYEMBUHkan..

------------------------------------------------------------------------------------

Oleh itu, Sebagai Orang yang BERIMAN, UBATIlah STRES dengan SOLAT...

SOLAT lima kali sehari semalam menjadi medan kita untuk mengadu, merintih dan memohon...Itulah UBAT STRES sebenarnya..
Dalam SOLAT, kita bukan sahaja meREHATkan hati dengan rasa PASRAH dan MENYERAH kepada Allah,
Tetapi kita juga meREGANGkan OTOT-OTOT dengan melakukan rukun fi'li (pergerakan) dengan SEMPURNA, TERTIB dan SISTEMATIK...

Sumber rujukan : Solusi Isu no. 39, Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Sunday, January 1, 2012

HADIS HARI INI..KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN..

عَنْ أَبِى مُوسَى الا شْعَرِىِّ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
مَثَلُ الْمُؤمِنِ الَّذِى لا يَقْرَءُ الْقُرآنَ مَثَلُ الاتْرُجَّةِ رِيْحُهَا طَيِّبٌ
وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ وَمَثَلُ الْمُؤمِنِ الَذِى لا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ التَّمْرَةِ
لا رِيحَ لَهَا وَطَعْمَهَا حُلْوٌ
وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى يَقْرَأُ القُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ رَيحُهَا طَيِّبٌ
وَطَعْمُهَا مُرٌّ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى لا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ لَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ
لِيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ       
Dari Abu Musa Al Ansari r.a. katanya : 
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Quran seumpama utrujjah
(sejenis buah seperti limau) baunya harum dan rasanya enak.
dan perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al Quran seumpama kurma
tidak berbau tetapi rasanya manis
Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Quran seumpama kemangi
baunya wangi tetapi rasanya pahit
dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran seumpama handzalah
(sejenis tumbuhan liar yang menjalar) tidak berbau dan rasanya pahit
Hadis sahih riwayat Muslim

SIAPA IDOLA KITA??



SIRAH 1

























Setelah tentara muslimin berhasil menundukkan kekuatan kaum Yahudi di KhAibar, dan setelah keamanan berhasil ditegakkan di Hijjaz, maka NABI MUHAMMAD ingin menyampaikan agama fitrah kepada penduduk di kawasan-kawasan perbatasan dengan Syam. Untuk itu NABI MUHAMMAD mengutus salah seorang sahabat, bernama Harits bin Umair Al-Azdi, dengan membawa sepucuk surat untuk diserahkan kepada pemimpin Ghasasinah, bernama Al-Harits bin Abi Syimr Al-Ghassani. Akan tetapi, setelah menerima dan membaca surat NABI MUHAMMAD, pemimpin Ghasasinah ini menangkap dan membunuh utusan Nabi di suatu tempat bernama Mu’tah,Jordan, (tempat aku belajar kini hehehe) . Perbuatan membunuh utusan ini dianggap sebagai pelanggaran serius terahadap peraturan yang berlaku bagi sesebuah negara pada saat itu, yang melarang membunuh utusan yang datang dari pihak musuh sekalipun. Hal ini membuat Nabi marah dan beliau memutuskan akan memerangi pembunuh utusan baginda.
Selain itu,  NABI MUHAMMAD telah mengutus 15 orang dari sahabat baginda ke kawasan Syam, untuk mengajak penduduk negeri itu kepada Islam. Akan tetapi penduduk setempat menangkap mereka semua. Kemudian terjadi perlawanan dan pertempuran diantara mereka. Oleh krna kekuatan yang sangat tidak seimbang, maka semua sahabat Nabi  gugur syahid, kecuali seorang yang terluka dan berjaya kembali kepda Nabi di Madinah dan memberitakan akan peristiwa tersebut.
Dua peristiwa tersebut telah menciptakan kondisi politik yang panas diantara kedua belah pihak. Kemudian pada bulan Jamadil Awal, NABI MUHAMMAD memerintahkan kaum muslimin untuk berjihad, dan baginda mengutus tentara berjumlah 3000 orang. NABI MUHAMMAD melantik Ja’far bin Abi Talib sebagai panglima perang, dengan catatan, jika ia gugur, maka Zaid bin Harits, menggantikannya. Jika Zaid gugur pula, maka Abduullah bin Rawwahah menggantikannya. Jika Abdullah juga gugur, maka mereka harus membuat kesepakatan untuk mengangkat salah seorang diantara mereka sebagai panglima. NABI MUHAMMAD pun menempatkan diri untuk menghantarkan mereka dan mengucapkan selamat jalan kepada tentara muslimin tersebut, seraya mendoakan : Semoga Allah membela kalian, dan mengembalikan kalian dalam keadaan selamat, dan dengan kemenangan.
Di Syam, Al-Harits bin Abi Syimr Al-Ghassani, yang berkuasa di Bashrah, telah mempersiapkan pasukan berjumlah 100,000 orang untuk menahan langkah maju tentara muslimin. Sementara itu, Kaisar Syam sendiri juga mempersiapkan 100,000 tentara untuk berjaga-jaga, dan akan turun ke medan pertempuran jika diperlukan.
Sebagaimana diketahui, saat itu Syam dikuasi oleh Romawi, dan ada beberapa penguasa Arab yang dijajah dan menyatakan tunduk kepada kaisar Romawi. Mereka ini adalah negara-negara blok Romawi. Sebagaimana di zaman kita ini kita mengenal ada blok barat dan blok timur, maka saat itu pun ada blok Romawi dan blok Parsi. Negeri Syam yang merupakan blok Romawi sememangnya ditunjangkan oleh kekuatan Romawi.
Kekuatan dua pasukan yang akan bertempur ini jelas tidak seimbang. Peperangan pun berlangsung selama beberapa hari. Di pihak muslimin, satu persatu panglima tenteranya gugur. Mulai dari Ja’far, Zaid dan Abdullah bin Rawahah. Kemudian pasukan muslimin sepakat mengangkat Khalid bin Walid sebagai panglima. Khalid pun menyusun taktik dan strategi perang yang tidak dikenal atau dibuat oleh seseorang panglima sebelumnya. Ia membahagi tentera muslimin menjadi dua bahagian. Bahagian pertama tetap berada di garis peperangan, sedangkan bahagian kedua diminta untuk memisah dan menempatkan diri dari jarak yang cukup jauh. Semua itu dilakukan di malam hari dan dengan kerahsiaan yang mantap dan berdisiplin. Pasukan yang kedua ini diminta untuk bergabung dengan pasukan pertama yang berada di medan peperangan.
Maka persis, sebagaimana yang telah diatur, ketika kebesokan paginya perang meletus dan merapi antara pasukan muslimin yang bertahan di medan perang dengan pasukan musuh dari Syam, pasukan muslimin yang malam tadi memisahkan diri di suatu tempat, datang untuk bergabung. Pasukan musuh menyangka bahwa yang datang itu adalah bala  tentera bantuan baru dari Madinah, yang akan menambah jumlah pasukan muslimin. Hal itu menyebabkan pasukan musuh kehilangan keyakinan,dan bertambah ketakutan, sehingga pasukan muslimin  berjaya mengalahkan mereka dan kembali ke Madinah dengan kemenangan.
NABI MUHAMMAD sangat sedih ketika mendengar bahwa Ja’far bin Abi Thalib gugur di medang perang Mu’tah. Dan tiap kali mengingat peristiwa tersebut baginda menangis. Dalam sejarah disebutkan bahwa kedua tangan Ja’far terpotong oleh pedang musuh, sebelum beliau gugur syahid. NABI MUHAMMAD mengatakan bahwa Ja’far mendapat hadiah berupa dua sayap yang membuatnya dapat terbang di surga. Untuk itulah kemudian NABI MUHAMMAD menggelarkannya dengan “Ja’far At-Thayyar” yang bermaksud “Ja’far yang Terbang”.

OLeh itu marilah kita bersama-sama untuk mengecas semangt supaya tidak mudah mengalah dan berputus asa dalam berdakwah...berdakwahlah dengan cara menghormati pandagan dan berlemah lembut dalam menyampaikan mesej.....

KONKRIT DALAM DIRI






Kekuatan aqidah di dalam diri seseorang bolehlah diibaratkan seperti
akar tunjang yang kuat yang terbenam jauh ke dalam tanah. Apabila akar tunjang
ini kuat ke dalam dasar tanah, maka tak kira apa saja ujian yang datang,angin kencang,
ribut taufan, banjir,pasti tidak akan menumbangkan pokok tersebut, malah akan menyuburkan lagi
pokok itu. Apa tidaknya,datangnya ribut tadi telah menggugurkan daun-daun kering, ranting dan dahan
yang sudah tidak diperlukan. Yang tinggal hanyalah daun yang segar dan ranting serta dahan yang kuat.

Begitulah keadaan diri seseorang yang mempunyai pegangan aqidah yang kuat.
Datanglah sebesar manapun ujian, pasti akan dapat diatasinya dengan sabar dan bertawakal kepada
Allah. Malah dengan ujian yang datang itu akan menambahkan lagi kekuatan imannya kepada Allah.
Lihatlah kekuatan aqidah Bilal bin Rabah. Walaupun diuji dengan ujian yang maha berat.Dibogelkan ditengah padang pasir,
ditindih dengan batu besar,mulutnya hanya menyebut Ahad-Ahad,Ahad.Inilah dia insan didikan Rasulullah yang mempunyai
kekuatan aqidah yang behitu kuat, seperti kuatnya akar tunjang pada sebatang pokok tadi.