~BASAHKAN LIDAHMU~

Saturday, February 25, 2012

MATI PILIHAN

MATI ITU PASTII
MATI SEBAB SAKIT JANTUNG,
MATI SEBAB KENCING MANIS,
MATI SEBAB MEREMPIT DAN SEBAB2 LAIN,
ITU KEBANYAKKAN DI MALAYSIA DAN NEGARA AMBO,
TAPI DI PALESTIN LAIN DARI YANG LAIN,
MEREKA MEMILIH UNTUK MATI DISEBABKAN BEDILAN APCHEE,PELURU HIDUP ZIONIS,
MEREKA MEMILIH MATI YANG MULIA,
IAITU SYAHID,
SYAHID BRO,
MATI YANG DIPANDANG MULIA OLEH ALLAH,
APABILA RAJA YANG MAHA AGONG MEMANDANG MULIA,
MAKA PASTI DAN PUTUSLAH BAHAWA GANJARAN YANG DITERIMA MESTILAH 
BESAR... LUMAYAN .........
APA YANG PENTING TIDAK AKAN TERGAMBAR DI BENAK FIKIRAN KITA..
اللهم اجعلنا منهم
امين امين امين
 

ALLAH SELAMATKANLAH SYIRIA

Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniya menggelarkan rakyat Syria yang menuntut kebebasan dan demokrasi sebagai "wira" sewaktu berucap di dalam Masjid Universiti Al-Azhar, universiti tertua di Mesir itu. Kata Haniya: "Saya mengucapkan salam kepada seluruh negara Arab bahkan Islam, saya ucapkan salam kepada rakyat Syria, wira dan pahlawan yang sedang menuntut kebebasan, demokrasi dan perubahan." Pemimpin Hamas itu berucap di hadapan ribuan rakyat Mesir selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Al-Azhar di Kaherah semalam.

Perlu disebut, ini adalah pertama kali Hamas menyatakan pendirian secara terbuka kepada revolusi Syria yang sekaligus menyaksikan penentangan terhadap pemerintahan Syria kerana selama ini, dunia menyaksikan pemerintah Iran dan Syria adalah sekutu kepada Hamas.

Haniya turut memuji peranan yang dimainkan oleh Mesir selepas revolusi sambil menyifatkan rakyat Mesir sebagai "rakyat pertolongan dan pencipta sejarah ke atas tanah Palestin". Beliau merujuk kepada pencapaian negara Al-Azhar itu selepas tumbangnya rejim Mubarak yang berjaya dalam dua siri pertukaran tahanan Palestin yang menyaksikan lebih 1,000 tahanan Palestin dibebaskan dalam penjara Israel dengan seorang askar Israel yang diculik, Glad Shalit tahun lalu.

Haniya turut mengimbau detik-detik kemenangan Hamas pada pilihanraya 2006 lalu apabila rakyat Gaza memilih Hamas dalam pilihanraya negara itu tetapi Israel telah mengenakan pelbagai tekanan.Antaranya membekukan aset dan harta Hamas bahkan mengepung dan memerangi rakyat di Gaza.

Kata Haniya: "Mereka melakukan semua itu hanya dengan satu tujuan, untuk kami mengiktiraf Israel. Kami telah tegaskan beberapa kali dari seluruh dataran dan medan di Gaza dan di luar Gaza dan pada hari ini, di tengah-tengah himpunan ini, dari bumi Mesir, dari atas mimbar Al-Azhar yang mulia ini, sekali lagi kami ingin tegaskan kami sama sekali tidak akan mengiktiraf Israel, tidak akan mengiktiraf Israel dan tidak akan mengiktiraf Israel!!," sambil diringi laungan takbir oleh ribuan rakyat Mesir yang hadir.

Sunday, February 19, 2012

~BERSAHABAT SAMPAI KE SYURGA~


Rasulullah صلى الله عليه وسلم sangat memberikan perhatian yang tinggi atas cinta dan persaudaraan. Ketika kaum Muslimin menderita dalam perang Uhud, meski sempat memenangkan perang sebelumnya, pasukan Muslimin kehilangan 70 prajuritnya. Di antaranya adalah 'paman' sekaligus saudara sesusu Rasulullah صلى الله عليه وسلم Di samping korban luka parah lainnya, kekalahan tersebut disebabkan oleh ketidakpatuhan mereka terhadap perintah صلى الله عليه وسلم. Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang kala itu berusia 57 tahun, menderita luka di bahagian paha dan kepalanya. Semuanya merasakan kepedihan dan keletihan yang sangat serta luka yang dalam.

Dan dalam kondisi yang sulit, kaum Muslimin harus menggali pekuburan untuk memakamkan syuhada yang gugur. Rasulullah صلى الله عليه وسلم memerintahkan para sahabat agar menguburkan dua syuhada dalam satu liang. Mereka melakukannya meski sangat lelah dan mengalami luka yang mendalam sebab kehilangan 70 saudara mereka yang syahid.

Ketika proses pemakaman sedang berlangsung, sahabat dikejutkan oleh instruksi Rasulullah صلى الله عليه وسلم agar mereka menghentikan pemakaman. "Mengapa harus dihentikan wahai Rasulullah s.a.w.? Kami hendak meneyelesaikannya. Kami sangat letih dan kami hendak beristirahat dirumah," protes sahabat.

"Carilah Amr bin Jamu dan Abdullah Bin Harram di antara sahabat yang gugur," perintah Rasulullah صلى الله عليه وسلم

"Mengapa ya Rasulullah صلى الله عليه وسلم?"

Rasulullah s.a.w menjawab, " kebumikan mereka berdua dalam satu liang. mereka adalah dua sahabat yang saling mencintai selama di dunia"

Shalawat dan salam atasmu wahai Rasulullahصلى الله عليه وسلم. Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang memahami betul bahawa jiwa yang telah saling kenal, dan hati yang telah lebur dalam taat dan cinta kepada Allah, tidak dapat dipisahkan meski oleh sebuah kematian. Kelak dua sahabat yang saling mencinta tersebut akan dibangkitkan bersama dari liang yang sama.

                                                                             ~~~~~~~~~~~~~~

Di masa kekhalifahan Umar bin Khattab, ia bermaksud mencari tahu rasa persaudaraan dan cinta di hati para sahabat. Karana, Umar sangat ingin melihat benih yang telah ditanamkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم berbuah, di mana sahabat masih seperti yang dulu sewaktu beliau masih hidup di antara mereka.

Awalnya Umar memberikan 1000 dirham kepada pelayannya dan ia berkata," Datangilah Abu Ubaidah bin Jarrah, dan katakan kepadanya, 'Amiirul Mu'miniin memberikan wang ini kepadamu, maka gunakanlah sesukamu'. Lalu Umar berkata kepada pelayannya, 'Tunggulaha sebentar dan lihat apa yang dilakukannya" lanjut Umar.

Pelayan Umar kemudian melaksanakan perintahnya. Nampaklah Abu Ubaidah membagikan seluruh wang tersebut. 50 dirham ia sedekahkan untuk kepentingan ini, 100 dirham untuk mereka, lalu, ia bersedekah di sini dan di sana hingga tidak ada yang tersisia.

Pelayan tadi kembali kepada Amiirul Mu'miniin dan mengisahkan kejadian yang dilihat langsung olehnya. Dan Umar kembali berkata, "Ambilah wang ini dan berikan kepada Mu'adz bin Jabal". Pelayan tersebut kemudian pergi untuk mengantarkan wang yang diberikan Umar. Mu'adz pun melakukan hal yang sama dengan apa yang dilakukan oleh Abu Ubaidah.

Selanjutnya giliran Sa'ad Abi Waqqash. Ia juga mendermakan seluruh wang yang diberikan sama seperti yang dilakukan Abu Ubaidah dan Mu'adz. Umar lantas tertawa dan berkata, "Alhamdulillah, masih ada persaudaraan di antara mereka", komentarnya.
 

~ Tidak ada yang perlu dikhuatirkan ketika hati umat masih menyatu dalam cinta dan persaudaraan atas nama Allah.~


                                                                        ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tahukah anda perbedaan antara generasi kita dan generasi sahabat? Mereka mendengarkan ayat dan hadith untuk diamalkan!

"Orang-orang beriman itu sungguh bersaudara" (QS. AlHujurat-10)

Sedang kita, sering mengangguki firman Allah, namun hanya sebatas penganggukan yang pasif. Akankah kita mendebat Allah s.w.t. tentang persaudaraan ini? Sementara Tuhan telah menegaskan setegas-tegasnya. "Kalian adalah bersaudara"

Di petik daripada buku: Ghayyir Nafsaka! (Ubahlah Dirimu!)- Amru Khalid

CABARAN ORANG MUKMIN


Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam telah meramalkan cabaran dan dugaan-dugaan yang dihadapi oleh para Mukmin, Da’ei dan Mujahidin di jalan Allah Subhanahu Wata’ala. Beliau bersabda: Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah: 
1. Mukmin yang dengki padanya 
2. Munafiq yang benci kepadanya 
3. Kafir yang memeranginya 
4. Syaitan yang menyesatkannya 
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya 
[Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”]

Wednesday, February 15, 2012

~sayang~



Jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan Illahi…

Jangan hanya sujud ke “Sejadah” saat susah.

Jangan hanya mengenal “Telekung” & “Kopiah” saat sesak.

Jangan hanya memandang “Kiblat” saat payah.

Jangan hanya teringat “Wudhu” saat lemas.

Jangan hanya mengenal “Tasbih” saat hanyut.

Jangan hanya memandang “Alam” saat alpa.

Sayang yang tak kelihatan ada pada Hati, letaknya Iman.

Carilah sayang yang Agung itu. Agar sayang tak lagi palsu..

~admin_Z

~sabarlah~

















When you are alone
remind yourself that
ALLAH has sent everybody
away so that it's only
you and HIM .....

~Sabar~

Monday, February 6, 2012

~JOM SOLAT WITIR~




Solat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas solat isyak sehingga terbit fajar saddiq (sebelum masuk waktu subuh), lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir. Ia boleh dilakukan setiap malam, tidak hanya pada bulan ramadan sahaja.

Solat Witir adalah solat yang unik kerana dikerjakan pada jumlah rakaat yang ganjil jumlahnya iaitu sekurang-kurangnya satu rakaat, selebihnya 11 rakaat. Paling afdal ialah 3 rakaat iaitu dimulai dengan solat witir dua rakaat satu salam dan disambung dengan solat witir satu rakaat satu salam. Kerana ianya unik, Solat witir mesti dilakukan dengan rakaat yang ganjil sebagai penyudah.



Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Nabi Muhammad صلى عليه وسلم. Rasulullah صلى عليه وسلم, bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” - Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
“Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.” - Hadis riwayat at-Thabran
Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yaang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!” - Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Nabi Muhammad صلى عليه وسلم bersabda:
Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir.” - Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah
Gambaran masyarakat Arab ketika itu ialah sesiapa yang memiliki unta yang terbaik akan dianggap sebagai orang yang berharta dan kaya. Boleh diibaratkan seperti zaman sekarang ialah orang ynag berstatuskan jutawan, memiliki kekayaan.
Bayangkan berapa lama untuk mengumpulkan harta sehingga menjadi jutawan dan memiliki kekayaan, adalak kita cuma perlu lakukan selama 10 tahun? 30 tahun untuk menjadi seorang jutawan?
Tetapi dengan mengerjakan solat witir dengan hanya satu rakaat sahaja, melebihi daripada apa yang kita idamkan iaitu menjadi jutawan dan miliki harta yang berlimpah luah. Bayangkan pula jika solat witir itu dilakukan 3 rakaat atau 5 rakaat. Berapa kali ganda kekayaan yang boleh dibayangkan dengan hanya mengerjakan solat witir.
Tetapi ini hanyalah satu perumpamaan, apa yang diterangkan oleh Rasulullah saw adalah untuk memudahkan fahaman kita kepada gambaran kebendaan, sedangkan di Akhirat nanti balasan yang diterima adalah berkali ganda di dalam syurga.
Ia seolah-olah mengambarkan betapa mudahnya kita boleh menjadi kaya raya iaitu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Ternyata hadiah ini sememangnya bernilai diberikan oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terlalu mudah untuk hamba-hamba-Nya memasuki syurga tetapi hanya segelintir sahaja yang mengambil manafaatnya,
Oleh yang demikian janganlah ditinggalkan solat witir, kerjakanlah walaupun hanya sedikit bilangan rakaatnya tetapi berterusan. Amalan yang berterusan tetapi sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah swt.
Sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra yang bermaksud:
“Ditanya Nabi Muhammad صلى عليه وسلم tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.” - Hadis riwayat Bukhari
~untuk diriku yang sering lupa~

Sumber: http://langkahmindapositif.com

Wednesday, February 1, 2012

MUSLIMS ARE TERRORIST?


who says muslims are terrorist?



When America takes 1 million livesin Iraq for oil:
Not Terrorism.

When India kills 5 lakh people in Kashmir , Rapped their women:
Not Terrorism.

When Serbs rape Muslim women in Kosovo/Bosnia:
Not Terrorism.

When Russians kill 200,000 Chechens in
bombings:
Not Terrorism

When Jews kick out Palestinians and take their land:
Not Terrorism.

When American drones kill entire family in Afghanistan/ Pakistan:
Not Terrorism

When Israel kills 10,000 Lebanese civilians due to 2 missing soldiers:
Not Terrorism

When Muslims retaliate and show you how you treat us:
"Terrorism?"

It seems like the word
"Terrorism" is only
reserved for Muslims.

Spread this message
and let the world know...

Muslims are not terrorists!