~BASAHKAN LIDAHMU~

Wednesday, March 28, 2012

~Pemuda,jagalah matamu..pemudi,jagalah dirimu~






مما قرأت ♪ واعجبني

قَدِمَ شاب إلى شيخ وسأله :
أنا شاب صغير ورغباتي كثيرة ..
ولا أستطيع منع نفسي من النظر
إلى الناس والفتيات في السوق ، فماذا أفعل؟


فأعطاه الشيخ كوباً من الحليب ممتلئاً حتى حافته وأوصاه
أن يوصله إلى وجهة معينة يمرّ من خلالها بالسوق دون أن
ينسكب من الكوب أي شيء!


واستدعى واحداً من طلابه ليرافقه في الطريق ويضربه أمام
كل الناس إذا انسكب الحليب!!


وبالفعل ..أوصل الشاب الحليب للوجهة المطلوبة دون أن
ينسكب منه شيء ..


ولما سأله الشيخ: كم مشهداً وكم فتاة رأيت في الطريق؟

فأجاب الشاب :شيخي لم أرَ أي شيء حولي ..
كنت خائفاً فقط من الضرب
والخزي أما الناس إذا انسكب مني الحليب!

فقال الشيخ: وكذلك هو الحال مع المؤمن ..
المؤمن يخاف من الله ومن خزي يوم القيامة إذا ارتكب معصية ..


هؤلاء المؤمنين يحمون أنفسهم من المعاصي
فهم دائمو التركيز على "يَــــوم الــقِيـــامة" !
عقيدة رسول الله
by: عقيدة رسول الله




via Ust Fikri As-Syubrowi


Kisah Seorang Pemuda, Seorang Sheikh dan Segelas Susu.



Seorang pemuda datang kepada seorang sheikh dan bertanya kepada sheikh itu: Aku seorang pemuda yg masih lagi muda dan keinginan-keinginanku tersangat banyak, dan aku tidak mampu untuk menghalang diriku dari melihat kepada manusia dan kepada wanita-wanita di pasar.

 Apakah yg patut aku lakukan?

Kemudian sheikh itu memberikan kepada pemuda itu segelas susu yg penuh sehingga ke bibir gelas dan memberikan pesanan kepadanya supaya dia sampaikan gelas itu kepada suatu tempat tertentu dengan melalui pasar itu tanpa air susu itu tertumpah sedikit pun.



Dan sheikh itu memanggil seorang daripada pelajarnya untuk menemaninya dalam perjalanan itu dan sheikh menyuruh pelajarnya itu memukul pemuda itu di hadapan orang ramai jika tertumpahnya air susu itu.



Dan kemudiannya, pemuda itu sungguh dapat menghantar segelas susu itu ke tempat yg dikendaki tanpa tertumpahnya air susu itu.

Dan apabila sheikh itu bertanya kepada pemuda itu: Berapa banyakkah pemandangan dan berapa banyakkah wanita muda yg kamu lihat dalam perjalanan itu?



Pemuda itu menjawab: Wahai sheikhku, aku tidak pernah melihat mana-mana pemandangan yg indah, aku hanya takut dipukul atau dimalukan di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.



Kemudian sheikh itu berkata: Dan demikianlah keadaannya orang yg beriman. Orang yg beriman takutkan Allah dan takutkan kehinaan pada hari kiamat apabila dia melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg beriman yg menjaga diri mereka dari melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg sentiasa menumpukan perhatian mereka pada "HARI KIAMAT".

Sunday, March 25, 2012

Madu dan Racun Belajar Di Internet


OLeh : Ustaz Zulramli M. Razali


 

Baik : Mudah dan cepat mendapat maklumat

Buruk : Mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak benar atau mengandungi propaganda

Baik : Banyak alternatif

Buruk : Terlalu banyak pilihan sehingga keliru untuk memilih mana yang paling betul dan terbaik.

Baik : Dapat menambah ilmu tanpa perlu bersusah payah ke majlis pengajian di masjid atau surau

Buruk : Cenderung meninggalkan cara menuntut ilmu yang sebenar iaitu dengan cara bertalaqi dan berguru di majlis-majlis pengajian di masjid atau surau. Diri tidak rasa pun perlu untuk semua ini kerana seperti urusan seharian pun boleh diselesaikan melalui internet. begitulah juga penguasaan ilmu boleh diselesaikan melalui jalan yang sama. Masjid dan surau akan kosong sedangkan berada di masjid dan surau merupakan anjuran Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Ia merupakan syiar agama dan kekuatan umat.

Baik : Boleh terlibat dengan perbahasan ilmiah lagi mendalam

Buruk : Mereka yang tidak punya asas dalam sesuatu bidang tetapi meminati bidang tersebut turut terlibat sedangkan dia tidak memiliki kefahaman asas dalam bidang yang dibincangkan itu. Ini menjadikan dia lari dan kefahaman yang sebenar kerana tiada pembimbing sebagai rujukan.

Baik : Dapat terus merujuk kepada sumber dengan mudah.

Buruk : Tidak dapat dipastikan kesahihan sumber. Di samping itu, mudah terdedah kepada pemberi maklumat atau ilmu yang tidak amanah, dengan menukar sumber asli mengikut kehendak sendiri.

Baik : Dapat terus pergi kepada masalah yang ingin diketahui seperti dalam soal hukum-hakam

Buruk : Belajar tidak mengikut kaedah yang betul sehingga tidak tahu mana kaedah yang paling sahih dalam memahami hukum tersebut. Membentuk pemikiran cacamarba dalam memahami ilmu agama.

Baik : Dapat mengetahui banyak pandangan ulama-ulama, tidak terikat dengan satu pandangan semata-mata.

Buruk : Gagal membuat kesimpulan yang betul kerana tidak memiliki dan mendalami ilmu usul fiqh dan feqah sehingga mencampur-aduk perbahasan ulama sesuka hati tanpa menggunakan kaedah yang tepat. Hakikatnya, setiap ulama itu mempunyai kaedah tersendiri dalam menerbitkan sesuatu hukum.

Sumber : Majalah Q&A Bil 3, m/s 22

Friday, March 16, 2012

MUHASABAH UNTUK HAFIZ

 
MUHASABAH UNTUK HAFIZ DAN DIRIKU YANG SERING LUPA

berapa TAHUN dah kita hafaz quran?

berapa BNYK dah kita hafaz?

HAFIZ ke HABIS?

ingat ke tidak?

x ingat?

ada USAHA untuk ngulang ke tidak?

berapa BNYAK kita ngulang sari2?

berapa bnyak kita dah INGAT?

kita AMAL ke tidak?
dan yang penting adakah kita membaca dan mengamalkannya 
ketahuilah sesungguhnya ia adalah surat cinta kepada hamba yang berhajat kepada cintaNYA yang hakiki........