~BASAHKAN LIDAHMU~

Thursday, December 29, 2011

SAH AU KHATA'?????


Golongan mahasiswa/wi adalah aset negara dan mereka juga merupakan dinamo kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan . Justeru itu, mereka bukan hamba abdi atau robot yang telah diprogramerkan untuk mengiya atau menidak, yang diperah kudrat mereka UNTUK kepentingan tertentu dan mengedit ilmu mereka agar kezaliman dipejamkan, yang halal diharamkan atau yg haram dihalalkan, untuk memastikan perkara itu, lalu mereka ditindas dengan pelbagai akta yang memihak kepada kediktatoran pemerintah, sekali gus tidak memihak apatah lagi memelihara kepentingan mereka.
Kerajaan tidak boleh melayan golongan mahasiswa/wi seperti melayan warga division dua, kerana golongan inilah yg akan menyumbangkan sesuatu yg akn memacu negara kepada yg lebih dinamik selari dengan lumrah alam atau sunnatullah.jikalau golongan ini dikeraskan atau dimacaikan, apa akan jdi kepada masyarakat 10tahun akan datang?adakah akan terbentuk masyarakat kelas pertama?atau masyarakat akan ‘still’............?
Setelah mengerah keringat, memerah otak,mengorban masa dan diberatkan dengan bantuan ptptn , wajarnya golongan yg dirahmati ini dijaga dan diweldingkan dengan nasihat yng membina dan dipacakkan dengan paksi  quran dan sunnah, dijaga dan ditunaikan hak mereka selayaknya. Saya pasti, mereka bukan menuntut suatu yang melebihi kewajaran dan hak yang sepatutnya mereka miliki. Juga mereka bukan menuntut agar dimanjakan oleh kerajaan. Sebaliknya mereka mahu hak mereka dihormati dan dihargai oleh kerajaan setelah mereka mengerahkan tulang empat kerat mereka untuk masa depan negara.
Kerajaan mesti bersikap terbuka dan sedia mendengar setiap masaalah berbangkit daripada rakyat termasuk golongan tercinta ini. Kedegilan kerajaan untuk tidak mendengar suara hati mahasiswa/wi akan mengundang masaalah besar kepada negara dan tidak keterlaluan jika saya menyebut bahawa ia juga berpotensi merencatkan kitaran sihat politik dan ekonomi negara menuju kestabilan yang didambakan.
Kerajaan bertanggungjawab memberi Jaminan Perlindungan Pekerjaan, Hak Kebajikan, Hak Berpersatuan, dan lain - lain tanpa sebarang diskriminasi yang membezakan antara mahasiswa/wi yg pro kerajaan atau pro pembangkang. 
kami mahukan kebebasan bersuara dan hak kami dizahirkan....
hidup mahasiswa.!!!!!!
setinggi manapun kita jgn dilupa kepada golongan yg terdahulu,jgn dihina,jgn dileceh,hormat mereka dengn selayaknya,jaga adab...INGAT!!!!!
kita semua adalah sama apa yang membezakan adalah AMAL DAN TAQWA

No comments: