~BASAHKAN LIDAHMU~

Sunday, March 25, 2012

Madu dan Racun Belajar Di Internet


OLeh : Ustaz Zulramli M. Razali


 

Baik : Mudah dan cepat mendapat maklumat

Buruk : Mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak benar atau mengandungi propaganda

Baik : Banyak alternatif

Buruk : Terlalu banyak pilihan sehingga keliru untuk memilih mana yang paling betul dan terbaik.

Baik : Dapat menambah ilmu tanpa perlu bersusah payah ke majlis pengajian di masjid atau surau

Buruk : Cenderung meninggalkan cara menuntut ilmu yang sebenar iaitu dengan cara bertalaqi dan berguru di majlis-majlis pengajian di masjid atau surau. Diri tidak rasa pun perlu untuk semua ini kerana seperti urusan seharian pun boleh diselesaikan melalui internet. begitulah juga penguasaan ilmu boleh diselesaikan melalui jalan yang sama. Masjid dan surau akan kosong sedangkan berada di masjid dan surau merupakan anjuran Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Ia merupakan syiar agama dan kekuatan umat.

Baik : Boleh terlibat dengan perbahasan ilmiah lagi mendalam

Buruk : Mereka yang tidak punya asas dalam sesuatu bidang tetapi meminati bidang tersebut turut terlibat sedangkan dia tidak memiliki kefahaman asas dalam bidang yang dibincangkan itu. Ini menjadikan dia lari dan kefahaman yang sebenar kerana tiada pembimbing sebagai rujukan.

Baik : Dapat terus merujuk kepada sumber dengan mudah.

Buruk : Tidak dapat dipastikan kesahihan sumber. Di samping itu, mudah terdedah kepada pemberi maklumat atau ilmu yang tidak amanah, dengan menukar sumber asli mengikut kehendak sendiri.

Baik : Dapat terus pergi kepada masalah yang ingin diketahui seperti dalam soal hukum-hakam

Buruk : Belajar tidak mengikut kaedah yang betul sehingga tidak tahu mana kaedah yang paling sahih dalam memahami hukum tersebut. Membentuk pemikiran cacamarba dalam memahami ilmu agama.

Baik : Dapat mengetahui banyak pandangan ulama-ulama, tidak terikat dengan satu pandangan semata-mata.

Buruk : Gagal membuat kesimpulan yang betul kerana tidak memiliki dan mendalami ilmu usul fiqh dan feqah sehingga mencampur-aduk perbahasan ulama sesuka hati tanpa menggunakan kaedah yang tepat. Hakikatnya, setiap ulama itu mempunyai kaedah tersendiri dalam menerbitkan sesuatu hukum.

Sumber : Majalah Q&A Bil 3, m/s 22

No comments: