~BASAHKAN LIDAHMU~

Wednesday, June 13, 2012

~BETULLAH KATA ULAMA'~

 
telah berpesan guru mulia kepada-ku ;

"apabila hamba-Nya itu mengetahui tentang wahabi dan cirinya, syiah dan cirinya, muktazilah dan cirinya, khawarij dan cirinya, jabariah dan cirinya, qadariah dan cirinya dan seumpamanya, adalah penting untuk dia jadikan segala ilmu yang diketahui itu untuk membuat 'benteng' bagi dirinya dari termasuk di kalangan mereka itu..Jangan panjangkan berbahas tanpa disedari kita semakin hampir dengan mereka, dan tanpa disedari kita sudah bersama mereka, nauzubillah.."

astaghfirullah..

pernah seorang adik bertanya kepada-ku ;

"abg, bagaimana kita nak halang wahabi ni ya?"

aku tersenyum ;

"teguran, penjelasan dan nasihat tentang wahabi dan seumpama itu sememangnya perlu ada segolongan manusia yang mengetahuinya untuk berhadapan dengan masyarakat, bagi tahu masyarakat mana yang kabur, mana yang cerah, mana yang malap..

tetapi, adalah penting kita jadikan ilmu yang kita ketahui itu juga untuk kebahagian hati dan jasad kita..

Jangan PANJANGKAN 'pertemuan' kamu dengan mereka, kerana kamu perlu sedar bahawa hati kita ini lemah, syaitan itu berada di mana-mana sahaja, nafsu itu sentiasa ke arah kejahatan, maka jika kamu memilih untuk PANJANGKAN 'pertemuan' dengan mereka, aku bimbang kamu akan menjadi seperti mereka, kerana kemarahan dan kebencian itu bukanlah sifat bagi hamba Allah yang diredhai, sebaliknya adalah sifat yang dicela oleh Allah Subhanahu waTa'ala..

dan, seharusnya kamu menjauhi mereka itu, jika mereka 'datang' kepadamu, maka senyum dan bijaksanalah dalam berhadapan dengan mereka, jangan terburu-buru mengikut rentap mereka, kerana kita bukan mereka, dan mereka bukan kita..

tetapi perbezaan wahabi dan golongan yang dicintai Allah itu amatlah sedikit, ibarat seorang itu yang berada di tepi tebing sungai sahaja, jika tersalah langkah, terjatuhlah dia ke dalam sungai..

maka jangan kamu terburu-buru dalam 'pertemuan' dengan mereka, adalah sebaiknya kamu tidak membicarakan hal-hal yang mereka 'bawakan', sebaliknya kamu membicarakan hal-hal yang para ulama' yang soleh bawakan, bawakan sirah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam, kisah kecintaan para sahabat kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam, kisah kecintaan sesama sahabat, kisah para habaib yang dicintai, kisah para ulama' yang mulia>>

kerana hal-hal sebegini jika dibawa, ia akan membawa 'hati dekat kepada Allah, semakin dekat kepada Allah'..

sebaliknya, jika kamu turuti apa yang mereka 'bawa', maka kamu memilih untuk menjauhkan hati daripada Allah, dan aku bimbang hati kamu juga akan semakin jauh dari Allah..

Apabila hati jauh daripada Allah, syaitan yang sentiasa mencari 'pintu' untuk menghasut akan membawa hatimu hampir dengan kemurkaan Allah, dan adalah paling menyedihkan ia berlaku tanpa kamu sedari, dan aku sangat sedih dan akan menangis dengannya..

Di atas dunia ini, jangan kamu balut hati kamu dengan kehidupan dunia, dengan ni'mat dunia, dengan kesenangan dunia, tetapi balutlah hatimu dengan kecintaan kepada Allah, kerana ia akan menyelamatkan hatimu dari dibenci Allah, dan sesungguhnya Allah sangat kasih dan sayang kepada hamba-Nya yang menyedarinya dan mahu kembali kepada Allah.. "
 DI COPY DARI WALL:

No comments: