~BASAHKAN LIDAHMU~

Monday, June 4, 2012

Semalam dalam sejarah | 29 Mei Kota Constantinople jatuh ke tangan orang Islam.

Semalam dalam sejarah | 29 Mei



Kota Constantinople jatuh ke tangan orang Islam.
- Usaha yang pertama telah dilancarkan di zaman Kerajaan Umayyah pada tahun 44H.

- Di zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah pula, beberapa kempen pembebesan telah diusahakan termasuk di zaman Khalifah Harus ar Rashid pada tahun 190H tetapi turut menemui kegagalan.

- Di zaman pemerintahan Uthmaniyyah, Sultan Muhammad bin Murad Bin Muhammad Bin Bayazid (Sultan Muhammad Al-Fateh)

- Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Sultan Muhammad Al Fateh mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahan.

- Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu.

- Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari.

- Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

- Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera.

- Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

- Pertolongan dari Pope Vatican (Rom) sampai di Perairan Teluk Golden Horn kemudiannya direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantine.

- Baginda mengangkut 72 buah kapal perang ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri.

- Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

- Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah.

- Tentera Uthmaniyyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid.

- Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan.

- 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Uthmaniyyah.

- Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera Janassari membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ.

- Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh.

- Kemudian tentera-tentera Islam bertambah semangat menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah "Allahu Akbar".

- Ketika kekalutan di Kota Konstantinople belum pun reda, pihak musuh telah mendapat bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut.

- Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan orang Islam.

- Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan)

- Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya.

- Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur.

- Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

- Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya.

- Sheikh Semsuddin yang merupakan Murabbi kepada Sultan Al-Fatih sering berada di samping Al-Fateh pada kebanyakan gambar lakaran Sultan Muhammad Al-Fateh.

- Satu bukti yang menunjukkan Al-Fatih sering mendapatkan pandangan Sheikh Semsuddin dalam membuat suatu keputusan

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Roh Jihad di musim peperiksaan,
pastikan membangkitkan semangat anda sekalian.

Membangun Umat Beragenda !

No comments: